27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tidak Ada Rumah Tangga Yang Sentiasa Indah’ – Scha Alyahya Akui Ada Pasang Surut Bersama Awal Ashaari

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya menyifatkan kunci kebahagiaannya bersama suami, Awal Ashaari terletak pada sikap saling memahami dan menerima seadanya kelebihan serta kekurangan masing-masing.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scha Alyahya Bertutur Dalam Loghat Kedah Raih Pujian Netizen – ‘Awat Slang Dia Lagi Power Dari Kita Yang Tinggal Sana’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Ada Senarai Barangan Yang Perlu Sedia’ – Scha Alyahya

    Masih memahami

    Ketika ditemui , Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir mengakui pengalaman sepanjang melayari alam rumah tangga selama 14 tahun membuatkan dia semakin memahami sikap sebenar suaminya.

    Malah, Scha berkata mereka juga mengubah cara mereka menangani setiap konflik yang berlaku.

    Kalau dulu orang tanya macam mana saya dan Awal selesaikan masalah, saya akan cakap komunikasi.

    Dulu saya akan terus berdepan dan ajak berbincang. Tapi bila sudah lama bersama Awal, saya faham itu bukan cara yang dia perlukan.

    Dia lebih suka menyendiri dahulu untuk tenangkan diri.

    Jadi saya belajar untuk tunggu dan beri ruang kepada dia. Kadang-kadang saya sendiri pelik macam mana saya boleh ubah pendirian.

    Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis eksklusif memperkenalkan karya arahan Syed Fariz berjudul 5 Bomoh di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower, di sini, baru-baru ini.

    MENARIK:  Nak Rambut Glowing & Cantik? Jom Ke Atrium guardian Untuk Mendapatkan Solusinya!

    Mengulas lebih lanjut, pelakon drama Awan Dania tu berkata sesebuah hubungan bukan sahaja memerlukan komunikasi yang baik, malah pasangan juga perlu saling memahami perasaan antara satu sama lain.

    Saya jenis suka bercakap supaya tidak simpan benda yang bukan-bukan. Tapi bila sudah lama bersama, saya sedar ia bukan soal komunikasi semata-mata, sebaliknya pemahaman.

    Kalau kita berkomunikasi tetapi tidak faham apa pasangan perlukan, ia tetap tidak membantu. Jadi lebih penting untuk kita memahami kehendak dan emosi pasangan.

    ‘Fighting!’

    Kata Scha, meskipun sudah bertahun menetap bersama namun dia masih belajar memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

    Itu sebab saya tulis kami masih ‘fighting’. Tidak ada rumah tangga yang sentiasa indah, pasti ada turun naiknya.

    Kadang-kadang kita rasa sudah kenal pasangan sepenuhnya, tapi sebenarnya tidak kerana manusia berubah setiap hari dan setiap tahun.

    Jadi kita kena belajar menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Kalau tidak faham, kena bertanya dan jangan pendam.

    Terdahulu, Scha dan Awal meraikan ulang tahun perkahwinan ke-14 selepas mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.

    The post ‘Tidak Ada Rumah Tangga Yang Sentiasa Indah’ – Scha Alyahya Akui Ada Pasang Surut Bersama Awal Ashaari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah