27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Terima Kasih Kepada Polis Yang Tangkap Saya’ – Ameng Spring Hargai Tindakan Pihak Berkuasa, Puji Pegawai Tak Ambil Rasuah

    Shopee Sale

    Penyanyi Ameng Spring menghargai jasa pihak polis yang bertindak menahannya sebelum ini, sehingga mengubahnya menjadi seorang insan yang lebih baik selepas bebas dari penjara.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameng Spring Dedah Jamal Abdillah Bawa Duit Mahu Jamin Ketika Di Penjara – ‘Dia Kata, Nampak Kau..Teringat Aku Yang Dulu’

    MENARIK:  Sharifah Haneesya Dedah Sering Ditolak Setiap Kali Casting, Terkesan Kontroversi Lama Masih Diungkit – ‘Saya Bukan Sempurna’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameng Spring Teruja Ammar Haikal Hadiahkan iPhone 16 Plus – ‘Hasil Dari Gaji Pertama’

    Terima kasih pegawai polis

    " data-video-id="7638977418933439762" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @meloditerhangat

    Penyanyi Ameng Spring meluahkan penghargaan kepada pihak polis yang pernah menahannya suatu ketika dahulu dan mengakui pengalaman itu banyak mengubah kehidupannya. Menurut Ameng, dia bersyukur kerana pihak berkuasa menjalankan tugas dengan amanah tanpa menerima rasuah sehingga membuatkan dirinya benar-benar sedar dan insaf atas kesilapan lalu. Katanya lagi, pengalaman masuk penjara menjadi titik perubahan terbesar buat dirinya untuk bangkit, berubah dan menghargai kehidupan dengan lebih baik hari ini. #meloditerhangat

    ♬ original sound – Melodi Terhangat – Melodi Terhangat

    Menerusi perkongsian siaran langsung di TikTok, pemilik nama Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, itu mengakui dirinya bukan seorang manusia yang baik, sehinggalah pengalaman di dalam tirai besi menjadi titik perubahan dalam kehidupannya.

    Diri saya bukanlah seorang yang bagus tapi saya ‘dibaguskan’.

    Kalau saya tak masuk penjara, saya takkan jadi macam sekarang.

    Justeru itu, Ameng berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana melaksanakan tugas mereka dengan penuh integriti semasa menahannya berikutan kesalahan penyalahgunaan dadah.

    Saya berterima kasih kepada polis yang tangkap saya.

    Dia tidak makan rasuah. Cuba bayangkan kalau dia makan rasuah, saya duit banyak, tanah pun banyak berpuluh ekar.

    Saya boleh bayar kalau dia makan rasuah.

    Tapi Allah jentikkan hatinya supaya ‘straight’ dengan saya dan tangkap saya.

    Terima kasih tuan, menjalankan tugas dengan betul ketika itu.

    Tambah pelantun lagu Bourgenvilla itu, pengalaman berada di dalam penjara juga telah membentuk dirinya menjadi seorang yang lebih menghargai kehidupan.

    Selepas keluar dari penjara, saya berazam untuk tidak hanya hidup kerana dunia.

    Saya nak seimbangkan dunia dan akhirat.

    Sekadar info, Ameng pernah dihukum penjara kerana kesalahan dadah pada tahun 2011 sebelum dibebaskan pada tahun 2016.

    Sejak dibebaskan, Ameng kembali mendapat nafas baru selepas mula mendapat tempat di dalam industri dan mula diterima baik oleh peminat muzik tanah air.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Terima Kasih Kepada Polis Yang Tangkap Saya’ – Ameng Spring Hargai Tindakan Pihak Berkuasa, Puji Pegawai Tak Ambil Rasuah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah