29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dulu Dia Paling Susah Beri Kebenaran Daddy Kahwin, Thank You Terima Mummy’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Hari Lahir Uwais

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi beberapa foto dan video bersama anak tiri, Uwais Al Qarni sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-14.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uwais Al Qarni Tunjuk Kebolehan Menyanyi, Ada ‘Tone’ Suara Mahal – ‘Macam Rizky Febian’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Hanya Bergurau Dengan Uwais, Enggan Panjangkan Isu Samakan Dengan Orang Asli

    ‘Terima kasih terima Mummy’

    View this post on Instagram

    A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

    Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah meluahkan rasa syukur kerana Uwais kini menerima kehadirannya sebagai ibu tiri, walaupun pada awalnya dia sukar untuk menerima hubungan itu.

    Ini lah anak yang dulu paling susah nak lepaskan Daddy dan bagi kebenaran untuk kahwin dengan Mummy. Tapi alhamdulillah terima kasih terima Mummy, jadi anak yang selalu ingat Mummy walau Mummy tak selalu depan mata. 

    Selalu call Mummy tanya Mummy rindu Wais tak, sayang Wais ke tak, setiap kali jumpa selalu cakap rindu Mummy.

    Dalam pada itu, Watie menyifatkan Uwais seorang anak yang sangat penyayang dan mudah dijaga. Ujar Watie lagi, Uwais bukan sahaja mengajarnya erti kasih sayang, malah sentiasa menyenangkan hati dalam segala hal.

    Terima kasih jadi anak yang kadang bnyk mengajar Mummy erti kasih sayang.

    Terima kasih jadi anak yang penyayang, yang menyenangkan hati Mummy, tak banyak kerenah bila bab makan, bab baju. Ikut je apa yang Mummy siapkan walaupun kadang-kadang tak berapa nak helok

    Mummy doakan Uwais jadi Golfer yang berjaya seperti yang ibu impikan. Mummy sayang Uwais.

    Sekadar info, Watie dan Shuib sah menjadi suami isteri pada 23 Jun 2023 di Putra Glass House, Putra Heights dengan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

    MENARIK:  Filem Animasi ‘A Mighty Adventure’ Cipta Kelainan, Telan Kos Cecah RM20 Juta

    Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak. Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

    Sumber: Instagram Watie Hanifiah

    The post ‘Dulu Dia Paling Susah Beri Kebenaran Daddy Kahwin, Thank You Terima Mummy’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Hari Lahir Uwais first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah