Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi kisah penghijrahannya yang memberi kesan mendalam kepada dirinya sehingga menuai perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Dengan Cara Menghina’ – Syasya Rizal Tegur Netizen Biadab, Tidak Teragak Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Kecewa Netizen Suruh ‘Cabut’ Tudung Sebab Termakan Daging Khinzir – ‘Kita Semua Pendosa’
Dosa itu cuma ‘content’

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata sebelum ini dia tidak berfikir panjang tentang perlakuan dan tindakannya.
‘Alaa skirt pendek saja pun. Semua orang pakai’. ‘Menari sikit saja, bukan dosa besar pun’. ‘Yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit’.
Ayat-ayat itu dia ulang sampai hati dia mati rasa. Sampai dia percaya… dosa itu cuma content (kandungan di media sosial).
Dulu bila orang pandang, dia rasa disayangi. Tapi lepas dia tutup aurat, pandangan sama berubah macam dia buat salah.
Menurut bekas anggota kumpulan Dolla itu, dia kerap menunjukkan tindakan yang sama sehingga rasa nikmat hilang dan akhirnya menemui dirinya sendiri.
Yang dulu panggil dia queen, sekarang sindir dia ustazah TikTok. Yang dulu sokong? Sekarang senyap.
Macam hijrah dia hanya layak diraikan kalau dia masih cantik ikut standard orang.
Sampai satu hari, Allah buat dia rasa hilang dan dalam kehilangan tu… dia jumpa diri dia semula.
Mengulas lebih lanjut, Syasya berkata dia mula memadam gambar dan video lamanya kerana malu dengan Allah.
Dan sejak hari tu, doa dia cuma satu: “Ya Allah… jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak redha.”
Sumber: Threads
The post ‘Sampai Satu Hari, Allah Buat Dia Rasa Hilang & Dalam Kehilangan Itu, Jumpa Diri Dia Semula’ – Syasya Rizal first appeared on OHBULAN!.





