28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sambutan Hangat ‘Inul Daratista Live in Malaysia’ Buka Peluang Cari Bakat Pelapis Dangdut

    Shopee Sale

    Melihatkan sambutan baik yang diberikan peminat terhadap Konsert ‘Inul Daratista Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada 6 Disember hadapan telah memberikan idea baharu kepada pengajur untuk menyemarakkan lagi acara berkenaan.

    Artikel Berkaitan: ‘Doakan Indonesia Kembali Aman’ – Inul Daratista

    Artikel Berkaitan: Amelina Enggan Layan Suami Orang, Terus Cepat Tarik ‘Handbrake’ – ‘Saya Seorang Yang Manja’

    Cungkil barat baru

    Seperti yang diketahui ramai, kekurangan pelapis baharu irama dangdut di Malaysia bukan satu hal yang mengejutkan. Kebanyakan pendatang baharu lebih memilih genre lain yang lebih mudah diterima oleh pendengar.

    Menurut Pengarah Urusan Fajar Baiduri Empire, Khairul Isma, mereka menerima maklum balas yang positif daripada peminat tatkala mengumumkan mengadakan Konsert Inul Daratista Live In Malaysia sebelum ini.

    Kita menerima maklum balas yang baik daripada peminat yang tidak sabar untuk bersama dalam konsert itu nanti. Ada yang menyuarakan pandangan mengapa kami tidak mencungkil bakat baharu juga.

    Maklum balas seperti inilah yang memberikan idea kepada kami untuk mengadakan pencarian bakat baharu untuk diketengahkan nanti. Jadi kita sahut cabaran mereka untuk mencari pelapis baharu muzik dangdut.

    Selain penampilan eksklusif Inul, konsert yang bakal berlangsung di Setia Spice Arena Pulau Pinang itu bakal diserikan dengan kemunculan Amelina dan Baby Shima.

    Kata Khairul Isma, mereka bakal mengadakan pertandingan Millenial Dangdut Karaoke Idol 2025 bagi mencari muka baharu untuk meneruskan kesinambungan sebagai penyanyi dangdut di Malaysia.

    Memang sudah tidak ramai penyanyi baharu yang berani merakamkan lagu dangdut sedangkan pasaran untuk irama berkenaan masih ada kelompok peminat yang tersendiri.

    Kita mengalu-alukan penyertaan daripada semua ahli masyarakat yang berani menyahut cabaran untuk menjadi pelapis baharu kepada generasi seterusnya.

    Platform sudah tersedia dan jangan sesekali sia-siakan bakat yang ada. Kepada orang Pulau Pinang dan kawasan sekitar, jangan lupa daftar penyertaan anda sebelum 8 November ini.

    Juara pertandingan bukan sahaja membawa pulang hadiah berjumlah RM1,500 tetapi juga berpeluang menjadi artis rakaman!

    MENARIK:  Datuk Red Enggan Berpisah, Ingin Menyelamatkan Hubungan dengan Datin Red

    Manakala tempat kedua pula bakal membawa pulang RM1,000 dan lima finalis lain menerima RM700 menerusi pertandingan yang bakal diadakan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

    Genre dangdut masih ada permintaan

    Mengulas mengenai konsert pula, pihak penganjur meluahkan rasa gembira dengan sambutan positif daripada para peminat yang telah menyatakan kesediaan untuk hadir bersama menyaksikan persembahan Inul, Amelina dan Baby Shima pada 6 Disember nanti.

    Sambutan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa genre tersebut masih mendapat tempat di hati peminat, selain mencerminkan kerinduan ramai terhadap kehadiran Inul yang sudah hampir dua dekad tidak membuat persembahan di Malaysia.

    Ini masa untuk kita semua mengubat kerinduan kepada ratu dangdut Indonesia yang sudah lama tidak ke sini. Masih ada masa untuk semua membeli tiket dan bersama mereka nanti.

    Untuk yang berbakat pula, ayuh sertai pertandingan karaoke yang bakal diadakan. Ayuh bersama kami melestarikan industri muzik tanah air.

    Bagi mereka yang ingin turut serta menyertai Millenial Dangdut Karaoke Idol 2025, boleh dapatkan maklumat di Media Sosial Suara Space.

    The post Sambutan Hangat ‘Inul Daratista Live in Malaysia’ Buka Peluang Cari Bakat Pelapis Dangdut first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah