26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caitlin Halderman Simpati Malaysia Terjejas Jerebu – ‘Saya Sedih Melihat Situasi Ini’

    Shopee Sale

    Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman berkongsi keadaan terkini jerebu yang melanda beberapa kawasan di negaranya, terutama Kalimantan yang disifatkan masih dalam keadaan teruk.

    Artikel Berkaitan: Jerebu Punca Jerawat Cepat Naik, Doktor Kulit Bagi Tips – ‘Double Cleasing Setiap Malam, Guna Ceramide Moisturizer’

    Jerebu

    Caitlin, 26, bagaimanapun berkata keadaan di Jakarta iaitu lokasi kediamannya tidak begitu terjejas memandangkan kawasan itu agak jauh daripada punca jerebu.

    Menurut Caitlin, situasi di beberapa negara jiran seperti Malaysia dan Singapura mungkin lebih dirasai berbanding Jakarta kerana kedudukannya yang lebih hampir dengan Kalimantan.

    Kalau sekarang, ya masih agak teruk. Cuma saya tinggal di Jakarta. Jadi, sebenarnya Kalimantan dan kawasan sekitarnya itu lebih dekat berbanding Jakarta.

    Saya yakin kamu (Malaysia) lebih terkesan berbanding kami di Jakarta. Di Jakarta memang turut terkesan, tetapi lebih kepada abu gunung berapi kerana kawasan itu lebih dekat dengan kami berbanding Kalimantan.

    Caitlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Dia Perempuan Sialan yang berlangsung di ibu negara, Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Gadis ‘Veil’ Kini Isteri Juruterbang London, Majlis Kahwin Cetus Perdebatan

    Dalam pada itu, Caitlin meluahkan rasa simpati terhadap negara yang terjejas akibat jerebu dan berharap keadaan berkenaan dapat kembali pulih dalam masa terdekat.

    Saya sedih melihat situasi itu masih berlaku sehingga sekarang dan saya harap saya boleh melakukan sesuatu. Saya juga berharap semoga semuanya cepat selesai kerana saya tahu perkara ini sangat memberi kesan.

    Maksudnya, bukan sahaja Indonesia, tetapi Singapura dan Malaysia juga. Jadi, saya harap semuanya dapat diselesaikan.

    Sejak tiga minggu lalu, beberapa kawasan di Malaysia dilaporkan berdepan keadaan berjerebu susulan pencemaran udara yang dikaitkan dengan pembakaran terbuka di Indonesia, selain kesan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau.

    Dalam perkembangan lain, Caitlin antara pelakon yang membintangi drama Dia Perempuan Sialan selain dibarisi Meerqeen, Hannah Delisha, Datin Seri Ummie Aida, Amerul Affendi dan ramai lagi.

    The post Caitlin Halderman Simpati Malaysia Terjejas Jerebu – ‘Saya Sedih Melihat Situasi Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah