Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan menyorot perhatian selepas kelihatan menghadiri sebuah acara keagamaan Hindu bersama isteri dan anak perempuannya.
Artikel Berkaitan: Tamat Penggambaran Di Arab Saudi, Shah Rukh Khan Tunai Umrah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mawi Kenang Momen Bertemu Dengan Shah Rukh Khan – ‘Dia Tak Salam Terus Peluk Saya’
Islam ke tak?
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, kehadiran Shah Rukh Khan pada acara berkenaan mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen mengenai pegangan agamanya.
Pada hantaran yang sama, pelakon Bollywood berusia 60 tahun itu dilihat berdiri di hadapan patung keagamaan Hindu sambil melakukan tanda sembah.
Dalam pada itu, hantaran berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk segelintir yang mendoakan agar Shah Rukh Khan kembali kepada jalan Allah.
Reaksi netizen







Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap Shah Rukh Khan terus berpegang teguh kepada ajaran Islam serta mengamalkannya dengan cara yang betul.
Selain itu, warganet menitipkan doa agar pelakon filem Dilwale itu diberikan kesempatan untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang diredai Allah.
Sumber: Threads @makeupbysaharasakura
The post Shah Rukh Khan Hadiri Acara Agama Hindu, Jadi Persoalan Netizen first appeared on OHBULAN!.





