Korang perasan tak, bila sebut sahaja pasal pertarungan robot, mesti ramai yang terbayang robot jenis autonomi dikawal penuh oleh Kecerdasan Buatan (AI) atau sekadar aksi CGI dalam filem sci-fi, kan?
Melihat kepada arena hiburan sukan tanah air yang perlukan kelainan baharu, Shadow Combat League (SCL) tampil membawa revolusi aksi futuristik dengan menganjurkan acara pertarungan robot humanoid bersaiz penuh yang pertama seumpamanya di Asia iaitu New Dawn MY!
Menariknya, pertarungan ini bukannya persembahan gimik atau skrip simulasi, sebaliknya dipandu sepenuhnya oleh manusia (Pilots) secara real-time menerusi teknologi kawalan pergerakan pantas (motion-capture teleoperation). Korang tak perlu tunggu bertahun-tahun atau terbang ke luar negara untuk tengok aksi ini di depan mata!
Ayuh kita lihat apakah kelebihan dan kelainan canggih yang dibawakan oleh SCL menerusi acara New Dawn MY ini!
1. Pertarungan robot humanoid ‘real-time’ pertama di Asia Tenggara

Dikuasai oleh syarikat robotik dan AI terkemuka, SCL by LINEARK, SCL memperkenalkan liga pertarungan robot humanoid live yang pertama di rantau ini. Menerusi teknologi kawalan motion-capture, setiap kali atlet Pilot menumbuk atau mengelak, robot bertanding yang digelar Shadow akan meniru pergerakan tersebut serta-merta di gelanggang!
2. Bukan skrip AI, tapi sukan & persaingan sebenar

Salah satu tanggapan salah ramai orang ialah ingat robot ini bertarung sendiri menggunakan AI. Hakikatnya, setiap strategi, refleks, dan keputusan perlawanan bergantung 100% kepada bakat manusia yang mengawalnya. Ini adalah persaingan sukan sebenar yang memaparkan kehebatan atlet Pilot mengendalikan jentera canggih!
3. Kemuncak Icon Belt: Abdu Rozik menentang Amelia Henderson
Acara malam pertarungan ini bakal menampilkan 7 perlawanan padat (4 pusingan awal & 3 pusingan utama) sepanjang 3 jam! Kemuncak malam berkenaan pastinya pertarungan merebut kejuaraan Icon Belt Championship yang menyaksikan pertembungan antara selebriti popular tanah air, Amelia Henderson, menentang bintang media sosial antarabangsa, Abdu Rozik.
4. Medan ujian industri robotik bertaraf $38 Bilion

SCL bukan sekadar hiburan pentas semata-mata, malah berfungsi sebagai proving ground atau medan ujian dunia sebenar buat pengeluar robotik global. Data pergerakan fizikal yang dikumpul daripada setiap pertarungan ini akan menyumbang terus kepada pembangunan pasaran robotik humanoid—sebuah industri yang diunjurkan mencapai nilai $38 Bilion menjelang 2035!
5. Bertempat di Pavilion Damansara Heights (rakan lokasi rasmi)

Khas buat penduduk KL dan kawasan sekitarnya, korang tak perlu pergi jauh. Acara julung kali ini bakal berlangsung pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026 bertempat di Pavilion Arena, di mana Pavilion Damansara Heights bertindak selaku Rakan Lokasi Rasmi (Venue Partner) bagi kejohanan ini.
Sama ada korang peminat tegar sukan bertarung, peminat gaming, mahupun sekadar pencari hiburan unik bersama keluarga pada hujung minggu, SCL New Dawn MY bersedia memberikan pengalaman aksi futuristik paling mendebarkan tahun ini. Tempat adalah sangat terhad (sekitar 500 hingga 800 penonton sahaja)!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran tiket bagi menyaksikan pertarungan ini secara depan-depan, korang boleh layari laman web rasmi Shadow Combat League (SCL) hari ini.
Nota: Setiap pergerakan robot Shadow dikawal sepenuhnya oleh Pilot manusia dan bukannya secara autonomi atau skrip AI.
The post Ingat Kena AI Bertarung, Robot SCL Ini Rupanya Dipandu Manusia Secara ‘Real-Time’! first appeared on OHBULAN!.





