27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kepada Suami Yang Masih Berkahwin, Tak Perlu Beri Nasihat Dekat Duda Macam Mana Nak Jaga Isteri’ – Fazley Yaakob

    Shopee Sale



    fazley yaakob

    Penyanyi dah cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur segelintir lelaki yang bergelar suami agar tidak menjaga tepi kain orang lain rentetan isu perceraian yang banyak berlaku ketika ini.

    Teguran Fazley

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob berkata, mereka tidak layak untuk memberi nasihat tentang perkahwinan malah adalah lebih baik menjaga hal rumah tangga sendiri.

    Kepada suami-suami yang masih berkahwin, tak perlu nak beri nasihat kepada duda-dua lain macam mana nak jaga isteri.

    Nasihat saya, jagalah isteri sendiri.

    Tak perlu jadi Pak Maon nak suruh kuatkan agama, dah macam ustaz skibidi bombom dan tak perlu jadi penceramah motivasi nak bagi 88 tips rumah tangga bahagia.

    Bukan keputusan mudah

    fazley yaakob

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 46 tahun tersebut juga menegaskan bahawa setiap pasangan yang memilih jalan perpisahan pastinya ia bukanlah satu keputusan yang mudah.

    Setiap perceraian pasti sudah difikir masak-masak dan sampai hangus sebelum membuat keputusan.

    Sudah suratan atau kebetulan, ramai pula yang berpisah tahun ini. Bagi duda-duda ini ruang juga okay.

    Fazley sebelum ini mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun bersama Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad berakhir apabila mereka sah bercerai.

    MENARIK:  Saiful Apek Terkilan Dituduh Terlibat Kes Dadah, Ingatkan Orang Ramai Tentang Rukun Iman Keenam

    Untuk rekod,  Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah