28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ryzal Ibrahim Batal Hasrat Berbasikal, Elak Bergaduh Dengan Pengguna Jalan Raya

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim mendedahkan dirinya kini tidak lagi aktif dalam sukan berbasikal kerana mahu mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mencetuskan pergaduhan dengan pengguna jalan raya lain.

    Ryzal tak nak bergaduh

    Menurut Ryzal, atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, dia pada awalnya berhasrat untuk membeli sebuah basikal dan kembali aktif dalam sukan tersebut. Namun, hasratnya itu terpaksa dibatalkan selepas melihat sikap segelintir pengguna jalan raya yang dilihat kurang bertimbang rasa terhadap penunggang basikal di Malaysia.

    Sebab saya tidak lagi berbasik untuk elakkan gaduh macam ni. Ryzal bagi balik basikal tu pada tuan badan, tak jadi beli. 

    Ryzal memberi respons itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Isnin selepas baru-baru ini, tular isu melibatkan penunggang basikal bergaduh dengan pemandu bas.

    Tambah Ryzal, meskipun berbasikal di jalan raya bukan sesuatu yang dilarang, namun sikap segelintir pemandu yang tidak bertimbang rasa menjadikan aktiviti tersebut sangat berisiko.

    Di Malaysia ni jalan raya bukan untuk basikal, bukan kata tak boleh ride tapi pemandu jalan raya ni bukan semua ada consideration.

    Kalau dia terlanggar atau saja langgar sekalipun, penunggang basikal tetap salah. Undang-undang akan berpihak pada pemandu.

    Kalau selalu ride mesti akan perasan pesanan billboard “menunggang basikal di jalanraya merbahaya”.

    Pada Ahad, tular video menunjukkan sekumpulan penunggang basikal bergaduh dengan seorang pemandu bas di Bestari Jaya, Selangor, dipercayai akibat pemandu tersebut tidak berpuas hati dengan laluan yang digunakan oleh mereka.

    MENARIK:  Cari Rumah Pertama? LBS Bina Tawar Kediaman Lengkap Dengan Fasiliti Dan Insentif Luar Biasa Di Dua Lokasi ‘Hot’

    Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim

    The post Ryzal Ibrahim Batal Hasrat Berbasikal, Elak Bergaduh Dengan Pengguna Jalan Raya first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah