Pelakon Rykarl Iskandar meluahkan rasa kesal apabila dituduh menjadi salah seorang pembuli di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Buat Club Macam Kampung, Arak Seperti Sungai..Buat Anak Macam Memancing, Tangkap & Lepas’ – Tunang Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: ‘Yang Kaki Club, Makan Dadah & Kaki Botol Bukan Mak Aku..Yang Gugurkan Anak Bukan Aku Tapi Kau’ – Puteri Balqis
‘Saya bukan pembuli’

Menerusi pemerhatian , akaun rasmi Instagram (IG) milik Rykarl atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal Norhamizan diserang netizen ekoran dakwaan dirinya sebagai pembuli.
Jelas Rykarl, dia tidak pernah membuli mana-mana individu sekali gus menegaskan akan tetap mempertahankan dirinya.
Saya sedih bila berlaku semua ini.
Yang paling saya tak boleh terima, saya kena tuduh pembuli.
Saya tetap akan pertahankan diri yang saya tak pernah membuli.
Selain itu, Rykarl turut memaklumkan keadaan ketika itu hanya untuk mencari teman seindustri dan bukan musuh.
Dah tentu ketika itu apa yang kami nak dapat berkawan dengan semua orang.
Bukan cari musuh.
Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.
Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.
Malah seorang krew produksi yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua aktres itu mendakwa pernah terdengar perbualan antara Mia Sara dan pelakon Rykarl yang menghina Puteri Balqis.
Sumber: Instagram @rykarl_official
The post Rykarl Iskandar Kesal Dituduh Pembuli – ‘Saya Tetap Akan Pertahankan Diri’ first appeared on OHBULAN!.





