27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rumah Terbuka Raya Mekdi Gempak Gila – Makanan Free, Artis Turun Padang & Aktiviti Nostalgia!

    Shopee Sale



    Kalau korang ingat Raya tahun ni takde surprise, McDonald’s Malaysia terus bagi kejutan manis dengan Rumah Terbuka Raya Mekdi, dan ini first time dalam sejarah mereka buat open house sempena Aidilfitri!

    Bermula di McDonald’s Pantai Sentral Park, KL (11 April), rumah terbuka ni akan terus sambung ke McDonald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur (12 April), McDonald’s Indera Mahkota, Pahang (18 April), McDonald’s Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan sampai ke McDonald’s Tabuan Jaya, Sarawak (26 April).

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

    Dari vibes kampung, makanan percuma, artis turun padang, sampai aktiviti nostalgia, semuanya buat pengunjung rasa macam balik kampung! Best, rugi kalau tak datang.

    1,500 Foldover Ayam PERCUMA untuk tetamu

    mekdi

    Tak lengkap Raya kalau tak ada jamuan, kan? Setiap lokasi sambutan disediakan 1,500 set Foldover Ayam secara PERCUMA untuk semua tetamu yang hadir.

    Sebelum terlupa, korang boleh mendapatkan Foldover Ayam percuma ini bermula dari jam 5 petang sehingga 6 petang. Siapa cepat dia dapat, so korang kena datang awal.

    Kumpul cop & tebus hadiah

    Antara highlight paling happening ialah aktiviti kumpul cop di tiga zon berbeza iaitu zon kreatif, permainan moden dan permainan tradisional.

    Kumpul cop dari ketiga-tiga zon, dan korang boleh tebus hadiah menarik. Fun + free gift? Confirm ramai taknak balik awal!

    MENARIK:  [VIDEO] Ibu Ameera Khan Nasihat Netizen Jangan Mudah Menilai Orang – ‘Allah Sahaja Yang Boleh Menghukum Manusia’

    Artis popular & persembahan tradisional bakar suasana

    Event ni memang all-out. Bukan setakat makan percuma dan permainan menarik, tapi ada artis popular dan persembahan kebudayaan yang hidupkan suasana Raya.

    Antara selebriti yang hadir adalah Nabila Razali, Sophia Liyana, Ara Johari, MK K-Clique dan banyak lagi.

    Memang meriah sakan, hiburan yang boleh dinikmati golongan muda sampai warga emas. Jadi please stay sampai jam 9 malam.

    Anak-anak yatim pun turut dirai

    Majlis ni juga turut meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah, yang hadir sebagai tetamu istimewa.

    Mereka dijamu makanan, join aktiviti, dan diraikan dengan penuh kasih sayang. Memang touching!

    Menurut Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia:

    “Hari Raya Aidilfitri adalah waktu untuk merapatkan hubungan dan silaturrahim. McDonald’s Malaysia amat berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia selama ini.

    Menerusi Rumah Terbuka Raya Mekdi, kami ingin meraikan Hari Raya bersama komuniti di mana kami beroperasi. Ini adalah cara kami memberi penghargaan dan mencerminkan nilai kebersamaan yang jadi teras musim perayaan ini.”

    Buat korang yang terlepas semalam, bolehlah ke Rumah Terbuka Raya Mekdi di lokasi seterusnya! Jom sama-sama kita pergi ke sana.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah