30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ibu Ameera Khan Nasihat Netizen Jangan Mudah Menilai Orang – ‘Allah Sahaja Yang Boleh Menghukum Manusia’

    Shopee Sale



    Ibu kepada pempengaruh Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini menitipkan pesan kepada warganet supaya jangan mudah menilai orang lain.

    Nasihat ibu

    " data-video-id="7462727840388156692" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @ptryyy04_

    Replying to @CuteGirl ???? WATCH YOUR MOUTH GUYS ? #ameerakhan #littlemisskhan #masukberanda #fypage #jefrinichol #indonesia #fyp #bucin

    ? original sound – ellem.kay – ellem.kay

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Noor Kartini menegur segelintir individu yang sengaja meninggalkan komen berbaur sindiran dan menasihati mereka supaya menjaga diri masing-masing daripada perasaan iri hati.

    Noor Kartini berkata sedemikian berikutan terdapat segelintir warganet yang didakwa kurang senang melihat hubungan Ameera bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

    Sebenarnya ada orang yang sengaja bertanya soalan, hanya untuk menyindir kita.

    Akhirnya, mereka mungkin dapat jodoh yang lebih buruk 100 kali ganda kerana niat mereka tidak betul.

    Sebab itulah jangan ada penyakit hati atau busuk hati. Dalam kehidupan ini, Allah boleh ubah keadaan kita sekelip mata. Yang baik boleh jadi jahat dan yang jahat boleh baik.

    Jangan mudah menghukum

    Dalam masa yang sama, ibu kepada selebriti terkenal Neelofa itu turut menegaskan bahawa hanya Allah SWT yang layak menilai manusia.

    MENARIK:  KWSP Umum Dividen 6.3% Bagi Simpanan Konvensional & Shariah, Boleh Disemak Bermula 2 Mac

    Justeru, sebagai seorang insan adalah lebih baik menghindarkan diri daripada menghukum orang lain.

    Saya sudah hidup 58 tahun dan sudah melihat pelbagai pengalaman hidup. Jangan menilai orang kerana Allah sahaja yang boleh menghukum manusia.

    Kita tak mahu ada prasangka buruk kerana itu hanya merosakkan hati, sebaliknya fikirlah yang positif.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah