Seorang pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Pak Munawer berkongsi pengalamannya ketika menguruskan jenazah transgender yang didakwa mengalamalkan ilmu hitam di Alor Setar, Kedah.
Keadaan jenazah berbau

Menerusi podcast Dua Dimensi, Pak Munawer menceritakan detik ketika dia dipanggil untuk menguruskan satu jenazah yang lewat dikebumikan.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi sekitar jam 10 pagi, dia mendapati tiada waris yang mengiringi proses pengurusan jenazah tersebut.
Saya tanya kenapa tak ada waris ikut sekali? Mereka kata nanti cerita kemudian, selesaikan dulu urusan yang patut.
Bila buka keranda, mayat tu dah berbau sangat kuat sebab terlalu lama. Masa mandi, mereka sendiri terkejut sampai tak pasti jantina jenazah.
Jenazah akhirnya selamat dikebumikan sebelum beberapa ahli keluarga tampil bertemu Pak Munawer untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut mereka, si mati sebelum ini telah melarang keluarga daripada menguruskan jenazahnya sendiri.
Dia haramkan kami pegang dan uruskan jenazah dia. Kami dah penat nasihatkan dia supaya kembali ke jalan Allah.
Dia potong kemaluan dia, buat dada. Lepas tu dia ubah macam-macam sampai tubuh badan dia ni dah macam perempuan.
Si mati transgender, amalkan perkara khurafat
Tidak cukup dengan itu, keluarga turut mendedahkan bahawa si mati menjalani kehidupan berlandaskan unsur mistik dan amalan songsang.
Barang yang dia pakai tu dia pakai susuk. Susuk dekat kemaluan dia, susuk dekat dada dia.
Dia pakai susuk, pelaris dari Siam, dan ada benda-benda pelik disimpan di rumah untuk perniagaan dia.
Selain itu, keluarga turut mendakwa terdapat kewujudan janin yang disimpan dalam botol di kediaman si mati. Menurut mereka, janin tersebut digunakan dalam amalan tertentu setiap bulan Muharram.
Rumah dia ada 13 janin. Janin hak kecil-kecil tu yang belum nak jadi orang lagi tu.
Setiap janin tu dia letak dalam botol. Setiap bulan Muharram, kalau kita bulan Muharram tapi bagi belah Thailand , saat bulan bagi hantu makan.
Jadi janin tu adik saya telan, supaya awet bagi cantik, bagi nampak ni ketat, orang nampak muka dia tu ralik.
Sumber: Podcast Dua Dimensi
The post ‘Rumah Si Mati Ada 13 Janin Dalam Botol, Dia Telan Untuk Nampak Cantik..Pakai Susuk Di Kemaluan & Dada’ – Pak Munawer first appeared on OHBULAN!.





