Penyanyi dan pelakon, Bunga Isme tampil memberi pandangan mengenai segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan pasangan suami isteri memilih untuk berpindah ke rumah yang masih kosong berbanding melengkapkan kediaman mereka terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Isme Tegur Pempengaruh Indonesia – ‘Lagu Negaraku Bukan Sekadar Konten’
Artikel Berkaitan: Bunga Isme Menangis Kenang Kisah Rasulullah Semasa Perang Uhud – ‘Mulia & Kasihnya Hati’
Rumah kosong
View on Threads
Menurut Bunga, alam perkahwinan merupakan satu permulaan baharu buat pasangan untuk membina kehidupan bersama.
Menyentuh mengenai realiti hidup berumah tangga, Bunga turut menyifatkan fasa tersebut amat bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Rumah kosong umpama kehidupan baharu dan permulaan baharu. Pengenalan bab baharu, dari rumah kosong akan diciptakan kepada banyak memori.
Sama-sama buat rumah kosong jadi rumah yang dihiasi dengan cantik, dilengkapi semua barang.
Sama seperti perkahwinan, tidak terus senang. Sebelum nak kahwin pun dah macam-macam ujian.
Kata pelantun lagu Tak Tidur Malam itu, ruangan yang serba kosong memberi peluang buat pasangan untuk mencipta memori bersama dari awal perkahwinan.
Jadi rumah kosong itu, akan jadi tempat memori suami dan isteri.
Seronok dapat kumpul banyak pahala dan kenangan manis. Baru lah boleh main-main calit cat dengan suami.
Terdahulu, seorang individu mempersoalkan tindakan segelintir pasangan yang baru berkahwin membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang masih kosong.
Individu itu berpendapat, segala persiapan sepatutnya sudah dilakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Sumber: Threads
The post ‘Rumah Kosong Akan Jadi Tempat Memori Suami Isteri, Dapat Kumpul Banyak Pahala’ – Bunga Isme first appeared on OHBULAN!.





