Penyanyi Zizi Kirana mengakui tidak menutup pintu hati untuk menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Kami Berpisah, Allah Hadirkan Mak & Abah..Saya Bersyukur’ – Zizi Kirana Jalin Hubungan Baik Dengan Keluarga Mentua
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Pernah Menyesal Berkahwin, Itu Separuh Daripada Ujian’ – Zizi Kirana
Zizi Kirana tak tutup pintu hati

Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu berkata dia sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada aturan Allah dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Saya tak menolak apa-apa yang datang, saya tidak menutup pintu hati. Perkara itu adalah benda yang baik, Allah aturkan semuanya.
Saya cuma mengikut apa yang diaturkan oleh-Nya. Kalau perkara itu mendatangkan kebaikan, InsyaAllah.
Ditanya mengenai pandangannya jika ditakdirkan menjadi isteri kedua, pelantun lagu Eh itu mengakui perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang diinginkannya malah akan sedaya upaya untuk mengelak daripada berlaku.
Perkara itu saya sedaya upaya cuba elakkan. Saya cuma mampu berdoa supaya Allah berikan yang terbaik, sebolehnya saya memang tak nak.
Isi masa dengan misi kemanusiaan

Berkongsi mengenai keadaannya selepas bercerai dengan pelakon Yusuf Bahrin pada April lalu, Zizi berkata dia sudah melalui fasa berdamai dengan takdir sejak dua tahun lalu.
Kalau nak katakan berdamai dengan takdir, selama dua tahun itu saya dah belajar untuk melalui fasa ‘healing’. Itu adalah fasa saya menerima semua keadaan yang berlaku.
Malah sepanjang tempoh tersebut, Zizi banyak mengisi masa dengan menyertai misi kemanusiaan yang sedikit sebanyak membantu dirinya untuk melihat kehidupan dari sudut yang berbeza.
Jadi bila Allah izinkan saya pergi misi kemanusiaan dan saya ambil kebaikan yang Allah beri kepada saya supaya boleh melangkah ke hadapan.
Mungkin orang nampak proses ‘healing’ itu berlaku sekarang tapi sebenarnya saya sudah melalui fasa itu selama dua tahun dan sepanjang itu diisi dengan misi kemanusiaan.
Ketika itu saya memang jarang hadir ke mana mana majlis, tempat umum dan bila nak buat lagu pun saya susah nak beri fokus. Kerana itu adalah fasa saya melalui ujian tersebut.
Namun begitu, Zizi berkata dia kini lebih bahagia menjalani kehidupannya selain mahu memberi lebih perhatian kepada diri sendiri, keluarga dan kerjaya.
Saya lebih fokus kepada diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang sentiasa mendoakan saya.
Jadi Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semuanya sudah selesai. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.
The post [VIDEO] ‘Saya Tidak Menutup Pintu Hati, Cuma Ikut Apa Yang Diaturkan Allah’ – Zizi Kirana first appeared on OHBULAN!.





