Pempengaruh Ananda Natasha tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan video bersama ibunya ketika berkunjung ke Menara Berkembar Petronas yang mengundang kecaman warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Salah Ke Dilahirkan Di Kanoha? Saya Perhati Je Orang Yang Membandingkan’ – Ananda Natasha
Ananda Natasha mohon maaf
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Nataasha mengakui terdapat kekhilafan dalam penggunaan bahasa sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.
Pertama sekali Tasha nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terasa hati dengan konten saya bersama mak di KLCC.
Mungkin saya tersalah penggunaan bahasa. Di sini Tasha nak jelaskan bahawa berlaku salah faham.
Menjelaskan perkara itu, Natasha berkata kenyataan berkenaan hanyalah gurauan antara anak dan ibu, namun dia tidak mempunyai sebarang niat memandang rendah terhadap KLCC.
Apa yang Tasha maksudkan adalah setiap kali mak saya datang Malaysia, dia akan wajib datang ke KLCC.
Ayat itu hanya gurauan antara anak dengan mak. Mungkin sedikit kasar di mata sesetengah pihak, tapi demi Allah saya betul-betul tak ada niat memandang rendah pada bangunan KLCC.
Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terasa hati dengan konten saya.
Sebelum ini, Natasha berkongsi video ketika meluangkan masa bersama ibunya dan meluahkan rasa hairan mengapa KLCC menjadi lokasi wajib untuk dikunjungi setiap kali ibunya berkunjung ke Malaysia.
Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang daripada sesetengah warganet yang menyifatkan kenyataannya seolah-olah merendahkan KLCC.
Sumber: Threads
The post Ananda Natasha Mohon Maaf, Tiada Niat Merendahkan KLCC – ‘Mungkin Saya Tersalah Penggunaan Bahasa’ first appeared on OHBULAN!.





