Pelakon Nadhir Nasar memilih untuk tidak terlalu membuka kisah kehidupan peribadi di media sosial terutama perkara yang membabitkan keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadhir Nasar Jadikan Kritikan ‘Cermin’ Perbaiki Kualiti Lakonan – ‘Saya Harus Buka Hati Untuk Terima Semua Komen’
Artikel Berkaitan: Aktif Berlakon Filem, Drama Tetap Di Hati Nadhir Nasar – ‘Makcik-Makcik Suka Tengok Saya’
Jaga privasi

Ketika ditemui , Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata, fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya termasuk persiapan untuk filem terbaharu yang dijadualkan menemui penonton tahun depan.
Menjawab mengenai masa untuk diri sendiri, Nadhir akui selesa menggunakan masa tersebut bersama keluarga.
Saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan itu sudah cukup.
Kalau nak cerita tentang ‘me-time’, umur 45 tahun nanti baru fikir. Sekarang saya tengah buat persiapan untuk filem baharu yang akan tayang tahun depan.
Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon Pemuja Syaitan yang berlangsung di Hextar Empire World, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadhir menjelaskan keputusannya yang dilihat jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi di media sosial.
Menurut Nadhir, tidak semua perkara dalam kehidupan perlu dikongsi kepada umum kerana percaya ada perkara yang lebih baik disimpan sebagai ruang peribadi.
Saya kurang berkongsi hal peribadi dalam media sosial. Saya ada ruang yang disimpan untuk diri sendiri dan keluarga.
Selalunya saya hanya tunjuk apa yang saya mahu orang nampak sebab nak jaga privasi mereka juga.
Lagipun, nasi lemak kalau sudah terbuka siapa lagi nak beli kan?
The post [VIDEO] Nadhir Nasar Tetap Dengan Pendirian Jaga Privasi – ‘Ada Ruang Yang Disimpan Untuk Diri & Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.





