32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rizal Armada & Monica Imas Kehilangan Cahaya Mata Keempat, Punca Tali Pusat Berpintal

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti Rizal Armada dan Monica Imas, kehilangan cahaya mata keempat mereka ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan.

    Artikel Berkaitan: Pernah Keguguran Disember Lalu, Puteri Khareeza Kini Hamil Enam Bulan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Stres, Keguguran Dua Kali & Syarikat Pun Dah Tutup’ – Ayunie Kongsi Keperitan Hidup Siti Jamumall

    Berat badan bayi berbeza dalam kandungan

    Menurut laporan Liputan 6, sepanjang tempoh kehamilan, Monica dilaporkan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang komplikasi kesihatan yang serius.

    Kata Rizal, hasil pemeriksaan bulanan yang dilakukan secara konsisten menunjukkan keadaan fizikal isterinya serta janin berada dalam keadaan baik.

    Tambahnya lagi, imbasan termasuk pemeriksaan 4D turut memberikan keputusan yang positif.

    Alhamdulillah, berat badan bayi dalam keadaan baik, tiada sebarang penyakit dan hasil imbasan juga menunjukkan keadaan yang normal.

    Isteri saya pun alhamdulillah, semuanya baik dengan izin Allah.

    Dari segi perubatan, graf pemeriksaan menunjukkan bacaan yang baik.

    Bagaimanapun, Rizal memaklumkan terdapat sedikit perbezaan dari segi berat badan bayi berbanding kehamilan terdahulu, namun ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan.

    Hanya berat badannya sedikit lebih kecil berbanding kehamilan tiga sebelum ini, tetapi perbezaannya tidak ketara.

    Tali pusat berpintal

    Ujar vokalis band Armada itu, detik cemas bermula apabila isterinya mula menyedari pergerakan bayi di dalam kandungan tidak lagi aktif seperti kebiasaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Terkilan Bakal Disaman Gara-Gara ‘Design’ Beg – ‘Berniaga Kena Percaya Dengan Kredibiliti & Target Market’

    Ketika itu, Rizal berada di luar kota atas urusan kerja.

    Semuanya bermula ketika saya berada di Kalimantan.

    Seperti biasa, isteri saya membuat panggilan video pada waktu petang dan memaklumkan bahawa bayi tidak bergerak.

    Dia kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

    Dalam pada itu, pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan akhirnya membawa kepada berita duka apabila doktor mengesahkan janin tersebut sudah tidak lagi mempunyai degupan jantung pada pagi Selasa.

    Selepas proses kelahiran dilakukan, pihak perubatan mengesahkan punca kematian janin adalah akibat tali pusat yang berpintal.

    Katanya lagi, keadaan tersebut menyebabkan bekalan oksigen dan nutrisi daripada ibu tidak dapat disalurkan kepada bayi.

    Selepas bayi dilahirkan barulah diketahui bahawa tali pusatnya sudah berpintal.

    Bayi itu bukan terlilit di leher, sebaliknya tali pusatnya berpintal seperti kain yang diperah.

    Disebabkan bayi sangat aktif, keadaan itu menghalang bekalan makanan dan oksigen untuk sampai kepadanya.

    Sehubungan itu, jenazah anaknya telah selamat dikebumikan semalam.

    Sumber: Liputan 6

    The post Rizal Armada & Monica Imas Kehilangan Cahaya Mata Keempat, Punca Tali Pusat Berpintal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah