26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ibu Teman Siti Jamumall Pergi Klinik, Netizen Nampak Kelibat Aiman – ‘Banyak Sangat Drama Sampai Tak Tahu Realiti’

    Shopee Sale



    Ibu kepada usahawan terkenal Siti Jamumall iaitu Norizan Jaaffar, sekali lagi bersuara mengenai pergolakan rumah tangga anaknya yang menjadi perhatian ramai.

    ‘Keras sungguh hukum yang kau bagi dekat Siti’

    " data-video-id="7506001273989254408">
    @norizanjaaffar? Kasihnya Ibu – Wann

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Norizan menyifatkan tindakan menantunya, Aiman, menceraikan Siti ketika sedang hamil sebagai satu perbuatan yang amat berat dan sukar untuk diterima.

    Keras sungguh hukum yang kau bagi dekat Siti ye Aiman, sampaikan hukum tu sendiri tak boleh dimaafkan.

    Norizan turut berkongsi momen di mana dia menemani usahawan itu ke klinik untuk pemeriksaan kandungan.

    Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kelibat lelaki berbaju merah dalam video tersebut yang didakwa mirip Aiman.

    MENARIK:  ‘Nampak Ada Atuk & Nenek Menonton Bersama, Itu Adalah Penghargaan Buat Kami’ – Fikry Ibrahim

    Perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi malah netizen mula membuat andaian bahawa Aiman sebenarnya turut hadir ke klinik berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada konflik rumah tangga pasangan itu hanyalah sekadar strategi pemasaran atau gimik semata-mata.

    Aik baju merah tu kan Aiman? Tak penat ke berkonten?

    Kadang-kadang tak faham lah, Aiman ada je dekat sebelah tapi kapsyen seolah-olah Aiman tak ada function.

    Banyak sangat buat drama dan marketing, sampai realiti pun aku tak dapat rasa betul ke tidak cerita dia ni.

    Semoga urusan Siti dipermudahkan


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah