Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham abangnya, Ahmad Musyaiful Mokhtar yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad.
Artikel Berkaitan: Abang Rita Rudaini Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kira Apa Keputusan Ryan, Mommy Tetap Ada Di Sini’ – Rita Rudaini Titip Pesanan Buat Anak Sulung Bakal Duduki SPM
Rita Rudaini kenang kebaikan abang
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar menyifatkan Allahyarham seorang abang yang baik, berhati lembut dan anak yang soleh serta mendengar kata.
I miss you. Kenapa tinggalkan orang? Kenapa tak tunggu orang sampai dulu?
Awak abang orang paling baik, hati paling lembut. Dengar cakap mama, berbanding orang yang suka menjawab.
Awak anak paling baik, tak suka susahkan kami.
Malah, Rita turut mengenang sikap Allahyarham yang sentiasa ada ketika diperlukan serta tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya.
Kau ada bila orang perlu. Kau layan dan jaga anak-anak orang macam anak kau sendiri. Kau tak pernah pilih kasih.
Orang bangga ada abang macam kau.
Selamat jalan ke negara abadi. Selamat pulang kepada kekasih abadi. Orang rindu kau sangat-sangat.
Terdahulu, Ahmad Musyaiful, 51, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada jam 1.46 pagi tadi akibat serangan jantung.
Sumber: Threads
The post Rita Rudaini Luah Rasa Rindu, Kenang Kebaikan Arwah Abang – ‘Hati Lembut, Anak Paling Baik & Selalu Dengar Cakap Mama first appeared on OHBULAN!.





