25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Riezman Khuzaimi Dedah Pernah Ditawar RM150 Sehari Untuk Berlakon – ‘Selepas 30 Tahun, Saya Rasa Terhina’

    Shopee Sale



    Pelakon senior, Riezman Khuzaimi mendedahkan pernah menerima tawaran yang tidak masuk akal untuk berlakon sehingga membuatkan dirinya kurang mengambil mana-mana tawaran untuk berlakon drama.

    Ditawar RM150 sehari

    Ujar Riezman, adalah tidak masuk akal untuk seorang pelakon yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun untuk ditawarkan sebanyak RM150 sehari.

    Saya masih berlakon dan akan terus berlakon cuma, ada yang bertanya kenapa saya dah lama tak berlakon.

    Bukan tak berlakon tapi sebenarnya saya dah lama tak ‘keluar’ di drama televisyen.

    Sebab apa? Saya sedih sebenarnya dengan pengalaman saya yang sudah 30 tahun dalam bidang ini, masih juga saya terima tawaran yang tidak kena pada harganya.

    Saya tak adalah sampai tapis mengenai bayaran tetapi sebagai seorang yang dah berlakon selama 30 tahun, saya rasa terhina apabila ditawarkan sebanyak RM150 untuk satu hari.

    Riezman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tak boleh tampung kos pengangkutan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by IQI (@iqiglobal)

    Tambah Riezman, tawaran yang diberikan itu juga terlalu rendah sehinggakan tidak mampu untuk menampung kos pengangkutannya untuk ke set penggambaran.

    Bukanlah saya tak bersyukur tetapi tawaran itu terlalu rendah sampaikan saya tak boleh nak tampung kos pengangkutan seperti minyak dan tol.

    Kalau sampai macam itu sekali, buat apa saya ambil? Buat penat saya saja.

    Orang kerja pejabat pun akan ada kenaikan gaji pada setiap tahun. Tapi saya tidak, makin lama makin rendah pula.

    Pelik tapi benar dan bila saya tanya pihak produksi jawab, ‘Memang itu ‘rate’ mereka ketika ini’.

    Kalau ‘rate’ dan ‘stylenya’ begitu, tak apalah. Mungkin bukan rezeki saya.

    Berkongsi lanjut, pelakon filem ‘Baik Punya Cilok’ ini memaklumkan bahawa dirinya kini lebih cenderung untuk berlakon filem serta melakukan beberapa pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.

    Jadi, disebabkan itu saya memberikan fokus kepada berlakon filem sebab mereka ada bajet.

    Selain itu, saya juga ada perniagaan sendiri iaitu menjual kopi dan pekerjaan nombor satu saya ketika ini adalah perunding hartanah.

    MENARIK:  PMX Zahir Simpati Insiden TUDM Di Kuantan, Arah Siasatan Segera!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah