Kakak kepada usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed Shahid iaitu Syarifah Syah berkongsi keadaan terkini adik iparnya yang dipercayai berada di sebuah hospital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Potong Perut Anak Saya’ – Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Jadikan Isteri ‘Tikus Makmal’
Artikel Berkaitan: Prince Syed Borong Perabot Berjumlah RM129,000, Kongsi Rezeki Dengan 30 Keluarga Kurang Berkemampuan
Keadaan adik ipar
Menerusi hantaran di TikTok, Syarifah Syah memuat naik video yang memaparkan dia dan Syed memegang tangan adik iparnya, Fatin Syazwani yang dilihat sedang menerima rawatan.
Dalam masa yang sama, Syarifah Syah turut memanjatkan doa agar Fatin segera sembuh.
Moga adik iparku cepat baik.
Kisah sebenar hanya Allah yang tahu. Kakak tetap sayang kamu berdua.
Bagaimanapun, Syarifah Syah tidak menyatakan dengan terperinci tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh Fatin.
Hanya fitnah?



Menjengah ke ruangan komen, Syarifah Syah dihujani dengan kecaman warganet yang mendakwa Prince Syed menghalang ibu bapa Fatin untuk bertemu dengannya.
Tidak berdiam diri, Syarifah Syah kemudian menepis tuduhan tersebut yang didakwa hanya fitnah.
Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka untuk menjenguk anaknya itu yang dikhabarkan sedang sakit.
Lebih mengejutkan, ibu Fatin juga mendakwa anaknya telah diminta untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.
Sumber: TikTok Syarifah Syah
The post [VIDEO] Kakak Nafi Dakwaan Prince Syed Halang Mentua Jumpa Adik Ipar – ‘Kisah Sebenar Hanya Allah Tahu’ first appeared on OHBULAN!.





