29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja 13 Tahun Dihalau Tidur Di Koridor Flat Sehingga Terpaksa Buang Air Besar Di Tangga, Ibu Bapa Sudah Ditahan Polis

    Shopee Sale



    Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang remaja didakwa diabaikan oleh ibu bapa sendiri, dalam satu kejadian di Pasir Gudang, Johor pada Rabu.

    Terpaksa buang air besar di tangga

    Menerusi foto yang tular itu memaparkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa tidur di koridor flat di kediamannya.

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman facebook Group Komuniti Taman Air Biru, individu terbabit yang dipercayai jiran mangsa menyifatkan remaja berkenaan seorang yang baik.

    Budak ni tak dibenarkan masuk ke dalam rumah dan hampir 3 hingga 4 hari tak balik. Ini bukan kali pertama dia dihalau tapi dah selalu sangat. Sampaikan dia buang air besar pun di tangga sebab tak boleh masuk rumah.

    Makan pun jiran-jiran yang bagi atas belas ehsan. Tapi ibu bapa dia buat bodoh je.

    Susulan daripada penularan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden, Mohd Sohaimi Ishak, ibu bapa remaja berkenaan yang berusia 54 dan 56 tahun itu telah ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka negatif dadah.

    MENARIK:  Rancang Perkahwinan Anda Bersama Pereka Fesyen Tyra Kamaruzzaman - Mengapa Anda Perlu Memilih Reka Teemor Sebagai 'Wedding Planner'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah