28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rekod Kahwin Berkali-Kali! Barisan Selebriti Hollywood Ini Dah Lebih 3 Kali Naik Pelamin

    Shopee Sale

    Kehidupan cinta selebriti sering mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi jika artis itu merupakan selebriti popular yang sentiasa menjadi tumpuan media.

    Artikel Berkaitan: ‘Ya, Betul Saya Dah Kahwin Lagi, Isteri Yang Pinangkan’ – Sanusi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Menangis, Kongsi ‘Struggle’ Minta Restu Jadi Isteri Kedua – ‘Madu Minta Jaga Maruah Dia’

    Selebriti kahwin lebih dari dua kali

    Perkara ini juga tidak asing dalam industri Hollywood di mana kebanyakan selebriti mereka juga telah mendirikan rumah tangga lebih daripada dua kali dalam usaha mencari pasangan hidup yang serasi.

    1. Kim Kardashian

      Antaranya ialah Kim Kardashian yang difahamkan telah berkahwin tiga kali, masing-masing dengan lelaki berlainan.

      Memetik Business Insider, suami pertama Kardashian ialah Damon Thomas. Mereka berkahwin pada tahun 2000 ketika Kardashian berusia 20 tahun, namun bercerai pada 2004.

      Kemudian, dia berkahwin dengan pemain NBA, Kris Humphries, pada tahun 2011 sebelum mengumumkan perpisahan mereka 72 hari kemudian. Perceraian mereka disahkan pada tahun 2013.

      Kardashian kemudiannya berkahwin dengan West pada tahun 2014 dan mengumumkan perpisahan mereka pada tahun 2021.

      2. Scarlett Johansson

      Seterusnya, bintang filem terkenal iaitu Scarlett Johansson yang pada awalnya berkahwin dengan Ryan Reynolds dari tahun 2008 hingga 2011.

      Selepas itu dia mengahwini wartawan Perancis, Romain Dauriac pada tahun 2014 sebelum mereka berpisah secara tetap pada tahun 2017.

      Johansson kemudiannya mula bercinta dengan bintang SNL, Colin Jost, pada Mei 2017 dan berkahwin pada Oktober 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Cosmo, pada tahun 2021.

      3. Angelina Jolie

      Sementara itu, Angelina Jolie juga tergolong dalam kategori ini di mana pada awal kariernya, dia berkahwin dengan Jonny Lee Miller, rakan pelakon dari filem Hackers pada tahun 1996.

      MENARIK:  ‘Maaf Kalau Percakapan Saya Buat Ramai Salah Faham’ – Chiwan Nafi Perlekeh Peranan Suri Rumah

      Namun mereka berpisah tiga tahun kemudian pada 1999. Kemudian berkahwin dengan Billy Bob Thornton pada tahun 2000 tetapi hubungan itu berakhir pada tahun 2003.

      Selepas dua tahun, aktres itu kemudiannya bercinta dengan Brad Pitt pada tahun 2005 dan berkahwin pada 2014. Tidak lama selepas itu pasangan itu bercerai secara sah pada tahun 2019.

      4. Jennifer Lopez

      Perkahwinan pertama Lopez adalah pada tahun 1997, di mana dia berkahwin dengan seorang pelayan yang dikenali sebagai Ojani Noa. Namun, ia tidak kekal lama apabila pasangan itu masing-masing memilih untuk bercerai setahun selepasnya.

      Kemudian, dia berkahwin dengan penari Criss Judd pada 2001, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun.

      Selepas namanya melonjak naik, dia membuat keputusan untuk bertunang dengan Ben Affleck, namun mereka tidak sempat melangsungkan perkahwinan dan berpisah pada awal 2004.

      Pada tahun yang sama, dia berkahwin dengan Marc Anthony, dan perkahwinan mereka bertahan sehingga 2014.

      Pun begitu, Lopez dan Affleck akhirnya mengikat tali perkahwinan pada Julai 2022 di Las Vegas namun bercerai pada 2024.

      5. Elon Musk

      Walaupun digelar sebagai lelaki terkaya di dunia, Musk juga tidak terlepas daripada kehidupan peribadi yang berliku, termasuk pernah berkahwin lebih daripada sekali.

      Perkahwinan pertama Elon Musk adalah dengan penulis Kanada, Justine Musk. Mereka berkahwin dari tahun 2000 hingga 2008.

      Kemudian, Musk berkahwin dengan pelakon Britain, Talulah Riley, pada tahun 2010. Perkahwinan mereka kekal sehingga 2012 sebelum memfailkan perceraian.

      Namun, pada tahun berikutnya, pasangan ini berkahwin semula namun hubungan mereka berakhir buat selama-lamanya pada tahun 2016.

      Sumber: Business Insider

      The post Rekod Kahwin Berkali-Kali! Barisan Selebriti Hollywood Ini Dah Lebih 3 Kali Naik Pelamin first appeared on OHBULAN!.

      Latest Posts

      IKLANShopee Sale

      Mesti Baca

      Follow Facebook Portal Barang Murah