Pelawak dan penyampai radio, Chiwan, tampil memohon maaf berhubung kenyataannya dalam sebuah segmen radio baru-baru ini yang didakwa menimbulkan salah faham dalam kalangan pendengar.
Chiwan dikecam, tampil beri respons

Menerusi hantaran balas di Threads, Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, 39, tampil menjelaskan perbualan yang berlaku antara dirinya dan seorang pemanggil wanita yang memperkenalkan diri sebagai suri rumah berjaya hanyalah perbualan biasa tanpa sebarang niat memperlekehkan.
Mintak maaf kalau percakapan saya dalam radio tadi ada salah faham. Pemanggil tu beritahu dia suri rumah yang berjaya.
Lepas tu saya tanya apa yang buat awak rasa suri rumah tu berjaya dgn nada nak ajak borak bukan tanya sebab nak perlekehkan.
Tambahnya lagi, pemanggil tersebut memberi jawapan yang menyentuh soal persepsi masyarakat. Chiwan kemudiannya menjawab dengan menyokong kenyataan pemanggil itu, selain turut mengagumi peranan suri rumah.
Lepas tu dia jawab ‘yelah sebelum ni pemanggil semua jawab suri rumah je so saya tak nak lah nampak downgrade lebih kurang macam tu la.
Saya counter balik betul la tu bukan senang nak jadi suri rumah orang lelaki pun tak mampu jadi suri rumah.
Terdahulu, kenyataan Chiwan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya wanita, yang menganggap penyampai radio itu seolah-olah memperlekehkan dan merendahkan status serta peranan seorang suri rumah.
Malah ramai tampil mempertahankan kerjaya sebagai suri rumah yang dianggap sama penting dan mencabar seperti profesion lain.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa peranan seorang suri rumah sering dipandang rendah oleh masyarakat walaupun hakikatnya, mereka memainkan peranan besar dalam menguruskan keluarga, mendidik anak-anak dan menjaga kesejahteraan rumah tangga tanpa henti.
Sumber: Threads
The post ‘Maaf Kalau Percakapan Saya Buat Ramai Salah Faham’ – Chiwan Nafi Perlekeh Peranan Suri Rumah first appeared on OHBULAN!.





