29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Raya Tahun Ini Masih Single Ke?’ – Trisha Ooi Dah Sedia Jawab Soalan Jodoh Dari Saudara-Mara

    Shopee Sale



    Trisha Ooi

    Pelakon meningkat naik, Trisha Ooi sudah bersedia dengan pertanyaan daripada sauadara mara mengenai jodoh apabila pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya.

    ‘Raya single ke?’

    Trisha Ooi

    Trisha atau nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, berkata, dia tidak mengambil hati jika diajukan soalan sedemikian kerana menganggap itu adalah modal memulakan perbualan.

    Saya muda lagi, tapi pertanyaan fasal jodoh itu perkara biasa. Saya anggap sebagai modal untuk saudara mara ajak berborak dengan saya.

    Keluarga selalu usik ‘raya tahun ini balik dengan siapa’ atau ‘tahun ini ada nak kenalkan dengan sesiapa ke?’, ‘raya tahun ini masih single ke?’.

    Saya okay sahaja dengan soalan sebegitu, lebih-lebih lagi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini makin kerap ditanya. Harap tahun ini saudara tanya fasal karier berbanding jodoh.

    Ibu memahami

    Trisha Ooi

    Disoal adakah ibunya juga ada bertanya mengenai jodoh, Trisha menjawab, ibunya semakin memahami kerjayanya sebagai pelakon dan impiannya untuk terus mengembangkan nama dalam industri.

    Dulu sebelum saya serius dalam bidang lakonan, mak pernah tanya, tiada ke sesiapa ingin dikenalkan kepadanya, saya jawab tiada. Saya tak pernah bawa balik kekasih ke rumah.

    Namun sekarang saya lebih serius dengan kerjaya, mak sudah lebih memahami dan tidak lagi tanya fasal jodoh. Dia tahu saya mahu mengejar impian.

    Berkongsi mengenai persiapan raya, pelakon drama Risik Pada Hati memberitahu sambutan Aidilfitri tetap sama meskipun kini dia semakin dikenali.

    Raya saya masih sama walaupun mungkin ada yang kata saya semakin dikenali, apatah lagi selepas menang anugerah.

    Cuma mungkin raya tahun ini lebih meriah, sebab keluarga dekat dan jauh akan bertanya mengenai kerjaya seni saya.

    MENARIK:  ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah