29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura

    Shopee Sale

    Desas desus yang mengatakan pelakon, Que Haidar sedang mengenali hati budi rakan seperjuagannya, Fazura akhirnya terjawab apabila dia menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar sahabat rapat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Perjelas Hubungan Dengan Fazura – ‘Dia Adalah Sahabat Lama Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa’

    Artikel Berkaitan: ‘Ramai Jatuh Hati Kalau Bersemuka, Bukan Dibuat Tapi Itulah Dia’ – Pengarah Dedah Personaliti Que Haidar

    Sahabat

    Ketika ditemui , Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata pada ketika ini dia hanya mahu menumpukan perhatian pada kerjaya dan perniagaannya.

    Mengulas lanjut, Que berkata dia belum mempunyai perancangan untuk menukar status hubungan itu kepada tahap yang lebih serius.

    Kami ini memang kenal, berkawan lama sejak daripada masuk industri lagi. Dahulu pernah keluar bersama dengan rakan-rakan yang lain.

    Jadi, bila ada kerja bersama sekarang ini, kami jadi lebih rapat dan sudah selesa bersama. Saya boleh gelar dia sebagai sahabat yang saling sokong kerjaya masing-masing.

    Que berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem Malaikat Malam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Nelydia Senrose Sebak Bakal Timang Zuriat Pertama Selepas 7 Tahun Menanti – ‘Rezeki Allah Akan Beri Tepat Pada Waktunya’

    Mengulas lanjut mengenai status dirinya selepas bercerai dengan bekas isteri Linda Jasmine pada Julai 2024, bapa kepada dua orang cahaya mata itu berkata dia belum berhasrat untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

    Dalam pada itu, Que juga berpendapat hubungan percintaan sepatutnya dilakukan selepas bernikah.

    Sekarang ini saya pun sibuk dengan perniagaan dan juga kerjaya. Itu fokus saya sekarang. Belum terfikir mahu berkahwin.

    Bagi saya, untuk bercinta ini sepatutnya selepas berkahwin. Kalau ada jodoh, kahwinlah dahulu dan kemudian bercinta selepas itu.

    Kalau betul sayangkan seseorang, saya akan terus kahwin dulu.

    Pada masa sama, Que turut menjelaskan bahawa kehadiran Fazura di majlis tayangan perdana filem lakonannya bukanlah bersifat peribadi, sebaliknya sekadar memenuhi undangan sebagai rakan dalam industri hiburan.

    Dia datang hari ini (Rabu) untuk sokong kerjaya saya. Saya yang ajak dia untuk tengok bersama.

    The post ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah