27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasa Malas, Lemah & Marah’ – Elfira Loy Takut Penyakit Ain

    Shopee Sale

    Pelakon Elfira mengakui berasa risau dan takut dengan penyakit ain selepas pernah mengalaminya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Diganggu Bunian Selepas Bergambar Dekat Pokok Buluh – ‘Mereka Mahu Jadikan Saya Puteri Mereka’

    MENARIK:  Che Ta Berdebar Nak Hantar Rombongan Merisik Anak Sulung Minggu Depan – ‘Wanita Yang Simple, Bapanya Duduk Luar Negara’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Sebak, Seru Orang Ramai Kuasai Ilmu Mandi Jenazah

    Perkongsian Elfira

    " data-video-id="7515836291326414088" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    risau plak aih, semoga kita dijauhkan dari sifat hasad dengki semua #Sembangseram #ElfiraLoy #Kisahseram #Ceritaseram #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Kisahhantu

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, memberi pendapat tentang penyakit ain yang berpunca daripada perasaan hasad dengki seseorang.

    Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Dia tak buat apa-apa pun tetapi hanya rasa cemburu yang mendalam. Awak akan rasa sakit.

    Dulu saya tak begitu percaya..bukanlah tidak percaya langsung tetapi saya lebih percaya kepada kuasa Allah. Saya tahu Allah ada untuk melindungi dan kita tak ada niat pun untuk menunjuk-nunjuk.

    Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati.

    Kesan penyakit ain

    View this post on Instagram

    A post shared by @elfiraloy

    Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun tersebut berkongsi pengalamannya ketika terkena penyakit ain sehingga menjejaskan aktiviti seharian serta perhubungan dengan suami.

    Saya jadi malas, lemah, marah dan perhubungan dengan suami pun jadi tak seronok.

    Tetapi bila saya sakit saya akan pergi berjumpa dengan orang yang tepat.

    Menurut Elfira, cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ain adalah dengan tidak terlalu mendedahkan rezeki yang dimiliki meskipun tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk.

    Saya cuba elakkan untuk berkongsi cerita secara berlebihan dan kembalikan semuanya kepada Allah, semua Dia yang beri dan bukan daripada kita.

    Sumber: TikTok Sembang Seram

    The post ‘Rasa Malas, Lemah & Marah’ – Elfira Loy Takut Penyakit Ain first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah