Penyanyi, Nubhan Ahmad mendakwa beberapa individu mengaku diri mereka pengutip hutang yang datang ke kediamannya sebelum ini meminta wang berjumlah lebih RM2 juta daripadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Utamakan Keselesaan Mak Jenny, Tiada Isu Berebut Harta – ‘Saya Tidak Akan Tuntut Apa-Apa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Belikan Katil Khas Untuk Keselesaan Mak Jenny, Netizen Puji – ‘Bagus Sentiasa Jaga & Hargai Emak’
Minta 2 juta!

Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, berkata, kejadian yang berlaku pada 23 Oktober lalu itu merupakan perkara serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Pengutip hutang datang pada 23 Oktober 2026. Perkara ini sangat serius. Saya ambil keputusan untuk beritahu sekarang sebab saya rasa perkara ini tidak boleh didiamkan. Jumlah yang diminta adalah sebanyak RM2 juta lebih.
Bimbang dengan keselamatan diri serta ahli keluarganya, Nubhan memaklumkan dia sudah membuat laporan polis selain mendapatkan khidmat nasihat peguam bagi mengambil tindakan lanjut.
Saya telah buat laporan polis atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya. Seperti saya cakap sebelum ini, jika membabitkan keluarga, saya tidak berkompromi. Saya juga sudah bincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, Nubhan memaklumkan kediamannya didatangi beberapa individu yang mendakwa mereka merupakan pengutip hutang.
Individu berkenaan turut mendakwa sedang mencari bekas isteri Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.
Sumber: Threads
The post Nubhan Dakwa Pemiutang Minta RM2 Juta, Sudah Buat Laporan Polis first appeared on OHBULAN!.





