33.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemain Bola Sepak Meninggal Dunia Ketika Sesi Latihan

    Shopee Sale

    Pemain bola sepak Perancis, Wanis Honsor dilaporkan meninggal dunia akibat masalah jantung terhenti ketika sesi latihan bersama kelabnya, Saint-Denis FC.

    Artikel Berkaitan: Hasrat Tamatkan Separuh Maraton Tak Kesampaian, Pempengaruh Larian Meninggal Dunia

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Maut Selepas Jalani Suntikan Pembesaran Zakar

    Wanis Honsor meninggal dunia

    Memetik laporan The Sun, usaha menyelamatkan Honsor, 22, selama 45 minit gagal apabila dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Pemergian Honsor dimaklumkan oleh Saint-Denis FC menerusi satu kenyataan pada Rabu yang menyifatkan pemergian Wanis satu kehilangan besar buat kelab berkenaan.

    Lebih meruntun hati apabila mengetahui, Honsor yang baru sahaja mendirikan rumah tangga menghembuskan nafas terakhir beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-23.

    MENARIK:  Anak Rita Rudaini Raih CGPA 3.842, Dapat Anugerah Khas Daripada Pengetua

    Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar Saint-Denis, iaitu Virgil Kichenin, turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pemain muda itu.

    Setiap kali saya datang menyaksikan perlawanan Saint-Denis FC, saya seronok melihat mereka beraksi dengan penuh semangat dan bertenaga.

    Sebaik sahaja mendapat berita sedih ini pagi tadi, saya terus ke stadium. Suasana di sana cukup menyentuh perasaan.

    Berehatlah dengan tenang, Wanis. Kamu akan sentiasa dalam ingatan kami.

    Sumber: The Sun

    The post Pemain Bola Sepak Meninggal Dunia Ketika Sesi Latihan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah