33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rancak Balas Komen Netizen ‘Kecek’ Kelantan, Jefri Nichol Mohon Maaf – ‘Saya Tak Nak Sakitkan Hati Sesiapa’

    Shopee Sale

    Pelakon Indonesia Jefri Nichol tampil memohon maaf selepas didakwa terlibat dengan salah faham berkaitan gurauan dalam kalangan netizen Malaysia.

    Artikel Berkaitan: ‘Dah Lupa & Tak Penting’ – Jefri Nichol Perjelas Tak Faham Kecek Kelantan

    Artikel Berkaitan: Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Tepi Pantai, Netizen Komen – ‘Bakpo Gini Baby Tokseyy’

    Jefri Nichol minta maaf

    Menerusi satu hantaran di Threads, Jefri yang sebelum ini cuba berinteraksi dengan peminat di Malaysia mengakui dirinya mungkin sudah ‘terlalu jauh’ memahami jenaka-jenaka tersebut.

    Jefri juga meluahkan rasa bimbang sekiranya kata-katanya sebelum ini mengguris hati mana-mana pihak memandangkan dia sendiri kurang memahami konteks sebenar perbualan di ruangan komen.

    Saya rasa saya dah terjebak terlalu dalam dengan inside jokes, gosip di Malaysia dan saya tak nak melukakan perasaan sesiapa pun.

    Saya minta maaf jika ada tersalah kata ya kawan-kawan, sebab saya memang betul-betul buntu (clueless) tentang apa yang berlaku di ruangan komen.

    Perkongsian itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata memahami situasi yang dihadapi pelakon tersebut. 

    MENARIK:  Amyra Rosli Sebak Beri Ucapan Untuk Amar Baharin, Doakan Misi Berbasikal Ke Makkah Dipermudah

    Malah, ada yang menenangkan Jefri dan menyifatkan gurauan tersebut sebagai perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Namun tidak kurang juga ada yang meminta Jefri agar tidak terlalu memikirkan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar gurauan tanpa niat untuk menyinggung perasaan sesiapa.

    Komen

    Sumber: Threads Jefri Nichol

    The post Rancak Balas Komen Netizen ‘Kecek’ Kelantan, Jefri Nichol Mohon Maaf – ‘Saya Tak Nak Sakitkan Hati Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah