28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zulin Aziz Berharap Dapat Memiliki Anak Kembar – ‘Jangan Lupa Doakan Kami, Kami Masih Berusaha’

    Shopee Sale



    Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Zulin Aziz mendedahkan dirinya begitu teringin untuk menimang cahaya mata kembar.

    Ada dalam gen keluarga

    Ketika ditemui , Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia merasakan adalah sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar.

    Tambah pelakon drama ‘Penjara Janji’ ini, gen anak kembar yang ada dalam keluarganya juga membuatkan dia begitu teringin untuk mendapatkan anak kembar.

    Saya teringin sebab saya rasa macam ‘cute’ ja nanti bila ada anak kembar.

    Dalam keluarga saya pun memang ada gen anak kembar ini, sebab itu saya teringin sangat nak dapatkan anak kembar.

    Zulin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran Eksklusif Koleksi Tudung 2.0 Flover By AZ Pemurah yang diadakan di Flora Terrace Hall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Tambah Zulin, dia dan suami sentiasa berusaha untuk dikurniakan cahaya mata dan berharap agar orang ramai mendoakan impiannya itu tercapai.

    Insya-Allah saya dan suami sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

    Kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat, jadi minta tolong sangat doakan saya.

    Dan saya nak minta sangat dapat anak kembar.

    Terdahulu, Zulin mencuri perhatian menerusi satu kapsyen yang dimuat naiknya di Instagram (IG) pada hari raya pertama yang lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Atlet Tinju Indonesia Menangis Syukur, Selamat Merisik Jaguh Muay Thai Negara – ‘She Said Yes’

    Tulis Zulin, dia berharap dapat beraya berempat iaitu bersama suami dan dua anak kembarnya pada tahun hadapan.

    Sekadar info, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Februari 2022.

    Posting Zulin

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah