33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakyat Malaysia Dah Pilih! Ini 3 Warna Raya Paling Trending Untuk Tahun 2026

    Shopee Sale

    Setiap kali hampirnya bulan Ramadan, pasti korang sudah mula membuat persiapan raya! Almaklumlah tidak mahu kalut. 

    Adakah korang sudah decide untuk pilih tema warna apa tahun ini? Oh ya, sebelum ini kami telah menjalankan satu undian untuk melihat pilihan rakyat Malaysia tentang warna yang dijangka akan trending sepanjang raya 2026.

    Mesti korang nak tahu kan warna apa yang bakal trending tahun ini! Jom kami kongsikan top 3 warna pilihan rakyat Malaysia.

    1. Hijau Zaitun Lembut (Tree House – NP 8266)

    Berdasarkan undian, Tree House (NP 8266) muncul sebagai warna paling mendapat perhatian dan mencatat undian tertinggi.

    Warna hijau lembut berunsur semula jadi ini menjadi kegemaran ramai kerana memberi rasa hangat, menenangkan dan dekat dengan suasana ‘pulang ke rumah’, sangat selari dengan semangat Aidilfitri yang menekankan kebersamaan.

    Ramai responden memilih warna ini kerana ia cantik dipandang, membangkitkan rasa nostalgia, serta mencipta mood yang menenangkan sepanjang musim perayaan.

    Dari segi praktikal, rona ini juga mudah digayakan sama ada pada baju raya, hiasan rumah mahupun latar dekorasi, menjadikan keseluruhan suasana raya tampak lebih kemas dan seimbang.

    2. Biru Kelabu (Cosmic Navy – NP 8432)

    Biru kelabu melengkapkan senarai Top 3 sebagai warna pilihan bagi mereka yang mahukan sentuhan moden dan berbeza untuk raya. 

    Cosmic Navy (NP 8432) dipilih kerana ia menyerlahkan karakter yang lebih matang dan kemas, tanpa kelihatan terlalu berani.

    Antara faktor pemilihan termasuk keinginan untuk tampil unik, mencerminkan warna kegemaran, serta mencipta keunikan dalam gaya raya, sama ada melalui pemilihan pakaian, tema dekorasi atau sentuhan visual keseluruhan tanpa mengorbankan keselesaan dan keharmonian suasana perayaan.

    3. Ungu Lembut (Orinoco – NP 6445)

    Kalau korang jenis suka tema yang nampak lembut tapi tetap lain daripada yang lain, Orinoco (NP 6445) antara warna yang paling banyak diundi tahun ini.

    Rona ungu lembut ini dipilih kerana ia memberi suasana yang tenang, calming dan sangat ‘aesthetic’, sesuai untuk korang yang nak raya kali ini nampak lebih moden dan unik.

    MENARIK:  Pilih Karnival Kembali Dengan Pameran Hartanah & Aktiviti Menarik 23 & 24 November Ini!

    Ramai responden memilih Orinoco kerana ia cantik dipandang, tak terlalu teran, dan mudah mencipta mood yang selesa terutamanya bila dipadankan dengan warna neutral seperti putih, krim atau tona kayu.

    Paling penting, warna ini juga jadi pilihan mereka yang nak tampil lebih unik dan berbeza daripada tema raya biasa, tanpa perlu memilih warna yang terlalu bold.

    Bukan sekadar baju raya, ruang rumah pun perlu ‘makeover’

    warna

    Selain persiapan diri, dinding rumah juga antara elemen penting yang boleh diberi nafas baharu untuk menaikkan suasana raya.

    Selalunya, tumpuan makeover menjelang perayaan adalah pada ruang-ruang utama yang paling kerap digunakan.

    Antara ruang yang sesuai diberi sentuhan warna baharu termasuk:

    • Ruang tamu – kawasan paling ‘hidup’ ketika raya, tempat tetamu berkumpul dan bergambar
    • Ruang makan – suasana yang selesa boleh buat sesi menjamu selera jadi lebih bermakna
    • Laluan masuk / foyer – first impression sebaik tetamu melangkah masuk ke rumah

    Sebagai inspirasi, berikut antara cadangan padanan warna Nippon Paint mengikut ruang:

    • Ruang Tamu
      Warna cadangan: Nippon Paint Tree House – NP 8266
    • Ruang Makan
      Warna cadangan: Nippon Paint Orinoco – NP 6445
    • Laluan Masuk
      Warna cadangan: Nippon Paint Cosmic Navy – NP 8432

    Warnai rumah, lengkapkan suasana raya

    Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja mencantikkan rumah, malah membantu mencipta suasana yang lebih mesra, selesa dan menyenangkan sepanjang musim perayaan.

    Untuk maklumat lanjut tentang pilihan warna dan inspirasi ruang daripada Nippon Paint, korang boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

    Raya kali ini, biar bukan sekadar baju yang onz, rumah pun kena sama-sama berseri.

    The post Rakyat Malaysia Dah Pilih! Ini 3 Warna Raya Paling Trending Untuk Tahun 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah