Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash, tampil memberi amaran terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah berkaitan isu peribadinya di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Chazynash Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa & Saya Bersyukur’- Fatin Morat Perjelas Isu Nafkah, Mohon Henti Spekulasi
Artikel Berkaitan: Chazynash Bersuara Dakwaan Abai Nafkah, Senarai Perbelanjaan Anak-Anak & Bekas Isteri – ‘RM8,200 Setiap Bulan, Duit Mutaah RM100k’
Amaran buat pemfitnah
View on Threads
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Jelas Chazynash lagi, dia telah pun menyimpan bukti tangkap layar komen berbaur fitnah itu untuk tindakan lanjut.
Kepada individu yang menyebarkan fitnah ini, saya memaklumkan bahawa tindakan undang-undang akan diambil.
Walaupun komen tersebut telah dipadam di TikTok, bukti screenshot telah disimpan untuk tujuan lanjut.
Sementara itu, pelakon drama Honey Trap itu turut meminta bantuan orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun TikTok berkenaan untuk menghubunginya secara terus.
Sekiranya ada pihak yang mempunyai maklumat berkaitan pemilik akaun TikTok ni, sila dm saya. Fitnah bukan kebebasan bersuara.
Dalam hantaran yang sama, Chazynash turut menyentuh mengenai dakwaan kononnya dia hanya memberikan nafkah anak berjumlah RM1,800 sahaja.
Sebelum ini, Chazynash tampil mempertahankan dirinya daripada dakwaan gagal menunaikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab selepas bercerai.
Dalam hantaran tersebut, Chazynash turut menyenaraikan jumlah perbelanjaan yang diberikan kepada anak-anak dan bekas isteri.
Terdahulu, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Sumber: Threads Chazynash
The post Chazynash Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah – ‘Saya Ada Bukti Screenshot’ first appeared on OHBULAN!.





