Pelakon Puteri Lily Lokman berkongsi beberapa tip mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya dan mempunyai cita-cita tinggi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru 14 Tahun, Anak Aziz M. Osman Bakal Lanjutkan Pelajaran Di Peringkat Universiti – ‘Minat Nak Ambil Bidang Psikologi’
Perkongsian Lily

Menerusi perkongsian di Threads, Puteri Lily memberi respon kepada seorang warganet yang bertanya tentang caranya mendidik anak, Ara Aziz menjadi seorang pelajar cemerlang.
Banyak saya dapat soalan macam ini, bukan tak nak kongsi tapi tak tahu nak kongsikan yang mana satu dan saya rasa masih jauh lagi perjalanan anak saya.
Tapi ini yang paling asas.
Menurut Lily, antara perkara penting yang perlu diberi keutamaan adalah perhatian dan sokongan daripada ibu bapa terhadap anak-anak supaya mereka mendapat pendidikan yang cukup.
Ibu bapa kena gigih dan jadi support system yang paling power untuk anak dan jangan putus asa.
Contoh gigih? Bila kita balik kerja penat kena sambung teman anak belajar dekat rumah anak tanya kena jawab (kalau tak tahu tanya sahaja dekat Chatgpt ) kena monitor kerja sekolah dia.
Contoh kedua, sanggup batalkan weekend plan sebab anak banyak kelas tambahan (ini selalu rasa macam pontengkan je la).
Selain itu, mendidik anak-anak dengan motivasi juga merupakan antara elemen yang perlu diterapkan agar mereka tidak mudah berputus asa.
Bila anak putus asa dah malas nak belajar jangan terus marah tapi sokong dia bagi dia fikir kenapa dia kena belajar dan apa kelebihan untuk mereka.
Macam Ara, saya tunjuk pekerjaan apa yang gaji tinggi kalau dia belajar pandai-pandai dapat beli kereta, rumah dan sebagainya.
Terdahulu, Ara dilaporkan bakal menyambung pengajiannya di peringkat asasi di Manipal University College Malaysia selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Sumber: Threads
The post Puteri Lily Kongsi Tips Didik Anak Cemerlang – ‘Ibu Bapa Kena Gigih & Jadi Support System Paling Power’ first appeared on OHBULAN!.





