26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, November 11, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pujian Rita Nadira Terhadap Profesionalisme Aniq Suhair, Isu Dakwaan Hamilkan Wanita Tidak Menjejaskan Prestasi Kerja – Apa yang Dijangkakan dari Wanita? [VIDEO]

    Shopee Sale



    Rita Nadira

    Pelakon Rita Nadira memuji aktor Aniq Suhair yang bersikap profesional meskipun dia dilanda dengan kontroversi panas apabila didakwa menghamilkan seorang wanita.

    Aniq profesional

    Rita Nadira

    Ketika ditemui , Rita berkata dia dan beberapa rakan selebriti yang turut sama menjayakan sebuah drama dengan Aniq berasa terkejut mendengar dakwaan tersebut.

    Jelas Rita, kontroversi yang membabitkan Aniq tidak sedikit pun mengganggu prestasi kerjanya.

    Semua orang dengar dakwaan itu berasa terkejut. Saya dan rakan-rakan selebriti yang bersama dengan Aniq untuk sebuah drama memang terkejut.

    Apa motif perempuan itu berbuat demikian? Tetapi bagi saya, Aniq sebagai rakan kerja dia sangat profesional.

    Dia tidak menunjukkan sebarang aksi yang menandakan dirinya sedang dilanda masalah, dia berkelakuan normal sahaja.

    Rita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Pewaris Cinta yang diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.

    Dalam masa sama, aktres berusia 27 tahun itu menyifatkan Aniq seorang pelakon yang baik hati dan suka mengambil berat tentang orang lain.

    Aniq sangat baik dan mengambil berat dengan semua orang yang berada di set penggambaran itu.

    Walaupun ada ketika nampak dia macam sibuk berurusan dengan orang, saya tidak mahu masuk campur untuk tanya.

    Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya telah hamil anak kepada Aniq Suhair dan meminta aktor itu bertanggungjawab di atas perbuatannya.

    MENARIK:  Kisah Duka Rossa Guna Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2 Menyentuh Hati Netizen - ‘Semoga Kalian Kuat & Sabar’ [VIDEO]

    Malah, wanita terbabit mendakwa Aniq telah memberikan wang berjumlah RM60,000 dan memintanya untuk mengugurkan kandungan tersebut sehingga dia menghadapi jangkitan di bahagian rahim.

    Dakwa wanita tersebut lagi, dia juga sudah termakan dengan pujuk rayu pelakon itu yang berjanji untuk menjaganya sekiranya dia menggugurkan kandungan. Namun, secara tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

    Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan Aniq masih tidak berjaya sehingga hari ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah