27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prince Syed Berang Netizen Tularkan Video Isteri Tak Bertudung – ‘Ia Tak Disengajakan Tapi Kenapa Gatal Repost & Viralkan?

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid berang dengan segelintir warganet yang bertindak menularkan video isterinya, Fatin Syazwani yang tidak mengenakan hijab baru-baru ini.

    Penjelasan Prince Syed

    " data-video-id="7497712952494017799" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @its.cikutak

    penjelasan Dr prince Syed meh dengar !!! dah kna maki free free je ? dasar #mstaronlineofficial #princesyed #viral #foryou

    ? original sound – nonamanis – nonamanis

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Prince Syed menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku ketika anaknya menggunakan telefon bimbit.

    Anak saya buka TikTok, agaknya dia rindukan kami sebab kami tinggalkan dia. Kami berdua pergi ke sebuah program pada hari itu.

    Ibu saya yang tolong jagakan anak kami dan nampak dia sedang bermain telefon. Jadi ibu saya pun terfikir perkara yang sama.

    Rentetan itu, kakak kepada Prince Syed bergegas pulang ke rumah untuk memadam video berkenaan.

    Tak jangka pula benda akan terjadi. Ketika kejadian ibu saya tak angkat telefon dan tak pandai menggunakan TikTok.

    Kakak saya tinggalkan majlis yang dihadirinya semata-mata sebab nak balik dan padam video itu.

    Macam mana anak pandai buka TikTok, itu saya tak tahu sebab dia tak pernah buka. Selalunya kalau dia buka mesti di hadapan kami.

    Berang dengan netizen

    Dalam masa yang sama, Prince Syed dilihat tidak dapat menahan sabar dengan menyifatkan segelintir warganet cetek akal kerana menularkan maruah isterinya.

    Ia tidak disengajakan, tapi kenapa awak semua gatal repost dan viralkan? Bodoh!

    Saya bodoh juga tapi tidaklah seteruk netizen.

    MENARIK:  Isteri Sufian Suhaimi Dilabel ‘Beauty With Brain’, Bergelar Peguam Di Usia 25 Tahun

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah