30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Ada ‘Kabel’ Itu Rezeki, Tapi Bakat Tentukan Siapa Kekal’ – Sweet Qismina Pertahan ‘Nepo Baby’

    Shopee Sale

    Istilah nepo baby atau anak selebriti yang mendapat peluang dalam industri hasil pengaruh dan latar belakang keluarga sering mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

    Ada yang beranggapan golongan tersebut memiliki laluan lebih mudah berbanding individu lain, manakala tidak kurang juga yang percaya kejayaan mereka masih bergantung kepada bakat, usaha dan kemampuan untuk bertahan.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Banyak ‘Cable’ Boleh Guna, Tapi Bakat Tetap Penting’ – Odda Akui Gelaran Anak Selebriti Buka Peluang

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani & Putra Ahmad Merrah Raih Perhatian, Netizen Terhibur Dengar Intonasi – ‘Dah Macam Jamal Abdillah & Awie’

    Nepo Baby ada kelebihan?

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Dalam edisi POV XTRA minggu ini, pelakon Sweet Qismina mengulas mengenai kehadiran ‘nepo baby’ yang semakin hangat menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini.

    Mengulas mengenai perkara itu, Sweet mengakui sukar untuk menentukan sama ada kewujudan ‘nepo baby’ membawa kesan baik atau buruk kepada industri seni.

    Bagaimanapun, Sweet berpandangan kemunculan anak seni daripada keluarga popular tidak akan memudaratkan industri sekiranya individu tersebut benar-benar mempunyai bakat.

    Bila bercakap tentang nepo baby, saya tak tahu pendapat orang lain macam mana. Saya tak pasti sama ada perkara itu baik atau buruk.

    Tapi bagi saya, kalau seseorang itu memang mempunyai bakat yang kita tidak boleh nafikan, perkara itu tidak akan memudaratkan industri.

    Menurut Sweet, setiap individu mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri, justeru mereka tidak sepatutnya dihalang daripada berkarya hanya kerana dilahirkan dalam keluarga yang terlebih dahulu dikenali.

    Semua orang ada bakat sendiri dan semua orang berkarya dalam industri. Jadi, siapa kita untuk menghalang mereka?

    Walaupun mereka seorang nepo baby, kita masih boleh melihat perjuangan dan kerja keras mereka.

    Aktres filem popular Babah itu turut menyifatkan kelebihan dari segi hubungan atau peluang awal yang dimiliki seseorang sebagai sebahagian daripada rezeki masing-masing.

    MENARIK:  Betty Rahmad & Nadiyah Shahab Kesal, Terima Duit Palsu RM100 Dari Pelanggan – ‘Anda Berjaya Tipu Saya’

    Pada masa sama, Sweet memahami perasaan individu yang terpaksa bekerja lebih keras untuk mendapatkan peluang sedangkan sesetengah pihak dilihat lebih mudah memasuki industri.

    Pada saya, benda itu rezeki. Mereka pun tidak minta untuk dilahirkan sebagai nepo baby. Kita tidak boleh menghukum mereka.

    Kalau seseorang itu ada ‘kabel’, saya rasa semua orang pun mahu mencuba. Itu rezeki mereka.

    Memang ada masa kita akan terfikir, kenapa kita perlu bekerja keras sedangkan dia tidak perlu bekerja begitu keras untuk masuk ke dalam industri.

    Namun begitu, Sweet menegaskan peluang dan nama keluarga semata-mata tidak mampu menjamin kelangsungan kerjaya seseorang.

    Sebaliknya, bakat, hasil kerja dan kemampuan untuk membuktikan diri akan menentukan sejauh mana seseorang mampu bertahan dalam dunia seni.

    Pada akhirnya, kita akan lihat sejauh mana dia mampu memberikan yang terbaik dalam industri.

    Kalau dia memang berbakat, mungkin satu atau dua pekerjaan itu akan berkembang sehingga menjadi sebuah kerjaya yang panjang.

    Kalau seseorang itu benar-benar ditakdirkan menjadi anak seni, dia akan sentiasa diingati sampai bila-bila.

    The post POV XTRA: ‘Ada ‘Kabel’ Itu Rezeki, Tapi Bakat Tentukan Siapa Kekal’ – Sweet Qismina Pertahan ‘Nepo Baby’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah