29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petua Hilangkan Bau Ketiak, Mudah & Berkesan!

    Shopee Sale

    Tak dinafikan, bau ketiak merupakan salah satu masalah tubuh yang biasa dihadapi oleh ramai orang sehingga boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang.

    Artikel Berkaitan: Daniel Fong Kongsi Rutin Sebelum Masuk Set, Netizen Terhibur ‘Part’ Pakai Deodoran – ‘Kami Dah Percaya Ketiak Tak Berbau’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Kerja Perhati Ketiak Saya, Kenapa Jadi Masalah?’ – Jennifer Coppen

    Gunakan bahan yang ada di rumah sahaja

    Bau ketiak sering disalahertikan sebagai tanda kurang bersih tetapi sebenarnya, ianya boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk gaya hidup, pemakanan, tahap aktiviti fizikal dan keseimbangan bakteria pada kulit. 

    Bromhirosis atau bau badan muncul apabila seseorang memasuki usia remaja. Keadaan ini berlaku kerana tubuh mula menghasilkan hormon tertentu yang dikenali sebagai androgen.

    Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ketiak berbau dengan menggunakan petua tradisional.

    Pertama sekali, gunakan cuka epal dengan cara menuangkannya ke dalam mangkuk, celupkan bebola kapas dan sapukan pada ketiak. Alternatif lain, bilas ketiak dengan cuka semasa mandi.

    MENARIK:  [VIDEO] Adakah Suami Boleh Paksa Bekas Isteri Untuk Rujuk Semula? Ini Penjelasan Menurut Islam

    Seterusnya, gunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat untuk menghilangkan bau ketiak. Anda boleh mencampurkan satu sudu jus lemon dengan satu sudu serbuk penaik untuk dijadikan pes, kemudian sapukan pada ketiak selepas mandi, biarkannya seketika sebelum dibilas dengan air.

    Petua ketiga, campurkan serbuk sandalwood (sejenis herba) dengan air, kemudian sapukan pada ketiak dan biarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih.

    Kemudian, gunakan sengkuang sebagai salah satu alternatif. Bahan ini bukan sahaja dikenali sebagai makanan yang menyejukkan badan, tetapi juga boleh digunakan untuk mengatasi bau ketiak.

    Caranya, anda perlu mengisar sengkuang hingga halus menjadi jus dan sapukan pada ketiak, ia mampu mengurangkan bau sehingga 10 jam.

    Petua tradisional yang terkahir dalam menghilangkan bau ketiak adalah menggunakan lemon. Buah sitrus ini adalah bahan semula jadi yang bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, namun berkesan juga untuk mengurangkan masalah bau ini.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Petua Hilangkan Bau Ketiak, Mudah & Berkesan! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah