29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Persembahan Saya 60 Peratus Teater, 40 Peratus Vokal’ – Fimie Don Beri Penjelasan ‘Over’ Bila Menyanyi

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Fimie Don tampil mengulas tentang persembahannya yang dikatakan ‘cringe’ dan melebih-lebih dalam menyanyikan lagu.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Fimie Don Sedang Hangat Bercinta?

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Mati Nanti Siapa Penuhkan Saf?’ – Fimie Don Kongsi Erti Sahabat & Kematian, Netizen Sebak

    Bukan persembahan biasa

    Memetik laporan Melodi, Fimie akui persembahannya berbeza daripada penyanyi lain serta lagunya bukan untuk menonjolkan vokal sebaliknya lebih kepada persembahan teater.

    Saya setuju yang saya punya persembahan bukan persembahan biasa. Bukan persembahan macam mana Masdo atau Noh Salleh tapi persembahan saya ‘overreacting’ dengan muka senget-senget semua dan saya setuju

    Kadang-kadang menyanyi macam nelayan, kelaut. Saya terima tetapi itulah penambahbaikan daripada saya. Saya rasa orang akan susah untuk menerima perubahan dan mereka tidak suka.

    Dalam pada itu, Fimie memberitahu dia cuba untuk membawa perubahan di dalam industri muzik.

    Perubahan itu bagus tapi kena tahu apa yang bagus untuk orang lain. Jangan tiba-tiba perubahan ‘saya lepas ni nak menyanyi bogel’, itu perubahan tapi yang tidak bagus.

    Saya mengharapkan perubahan saya ini tidak menjejaskan keselamatan mahupun dosa pahala orang lain, tidak mengajak orang lain buat jahat dari segi membunuh, ambil barang terlarang ke, tidak.

    Meskipun terima banyak komen negatif, Fimie bagaimanapun percaya dia tidak melakukan perkara yang salah dan hanya mahu menghiburkan pendengar.

    Nasihat saya adalah nak buat apa, buatlah. Orang nak cakap apa, cakaplah. Kita yang bertanggungjawab menghibur.

    Kita jangan jadi hiburan, kita sediakan hiburan untuk mereka. Apa sahaja hiburan yang disediakan, kena pastikan bersih dan selamat supaya kalau kena bersemuka kita tak risau.

    MENARIK:  Cheta Pot Pet Percaya Masa Akan Pulihkan Hubungan Dengan Ifa Raziah – ‘Sebak & Rindu, Sebab Kami Rapat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah