33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cheta Pot Pet Percaya Masa Akan Pulihkan Hubungan Dengan Ifa Raziah – ‘Sebak & Rindu, Sebab Kami Rapat’

    Shopee Sale

    Usahawan selebriti, Cheta Pot Pet menegaskan hubungannya dengan penyanyi, Ifa Raziah tidak pernah terputus, sebaliknya memilih untuk memberi ruang dan masa susulan salah faham kecil yang berlaku antara mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Kaleng-Kaleng, Cheta Pot Pet Tampilkan Ayu Damit, Yasin Senario & Watie Sadali Dalam ‘Cayang-Cayang Raya’

    Sedia berdamai

    Menurut Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, dia sudah melakukan usaha untuk berdamai, namun percaya Ifa mungkin memerlukan tempoh untuk menenangkan perasaan.

    Sebenarnya kami tak bermasam muka. Cuma mungkin ada salah faham kecil dan cara kami menangani sesuatu perkara itu berbeza. Saya dah cuba juga untuk berbaik, tapi mungkin belum masanya.

    Saya faham kak Ifa jenis mudah terasa. Jadi saya rasa lebih baik beri dia ruang dulu. Tak mengapa, saya boleh tunggu.

    Saya tak pernah anggap perkara ini serius. Kami tak pernah bergaduh besar. Cuma mungkin masing-masing ada ego dan ambil masa untuk bertenang.

    Saya dah hulurkan tangan, tapi belum disambut. Jadi buat masa sekarang, saya percaya dia perlukan ruang dan masa. Bila sampai waktu yang sesuai, insya-Allah semuanya akan okay.

    Cheta berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  Sambut ‘Birthday’ Dalam Penjara, Along Cham Sebak Rakan OKT Jadikan Roti Sebagai Kek – ‘Mereka Letak Coklat & Tulis Nama Saya’

    Ditanya sama ada berasa sedih dengan situasi yang berlaku, Cheta mengakui emosi itu sukar disembunyikan, apatah lagi hubungan mereka selama ini sudah dianggap seperti adik-beradik.

    Tiba-tiba rasa sebak dan sedih bila bercakap tentang perkara ini. Saya sudah anggap dia sebagai kakak. Namun saya sedar diri ini bukan sesiapa yang boleh paksa dia menerima keadaan ini.

    Kami bukan gaduh fasal duit. Ia cuma salah faham tentang tersalah cakap sahaja. Kalau kak Ifa tidak mahu maafkan saya, saya tidak boleh paksa.

    Memang rindu sebab kami rapat. Tapi saya tak nak paksa keadaan. Saya tunggu sahaja bila dia sudah bersedia.

    Dalam perkembangan lain, Cheta bakal membuka booth perniagaannya sempena festival Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang dijadualkan berlangsung bermula 12 hingga 15 Mac depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

    The post Cheta Pot Pet Percaya Masa Akan Pulihkan Hubungan Dengan Ifa Raziah – ‘Sebak & Rindu, Sebab Kami Rapat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah