Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa berkongsi tentang pengalamannya sepanjang bergelar anak seni.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Lelaki Itu Sama, Jangan Takut Berkahwin’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk & Tidak Beradab Itu Dari Saya’ – Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Isu Hantaran Kaunter Kosong Di Klinik Kesihatan
Luahan Nadzmi

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama penuh Nadzmi Adhwa Nor Adzmi itu berkata, dia tidak mempunyai peluang yang cerah dalam bidang lakonan dan pengacaraan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.
11 tahun dalam industri seni. Minat mendalam dalam bidang seni, ambil kelas lakonan dan macam-macam saya buat untuk belajar.
Tapi bukan rezeki.
Ada yang cakap saya dah tak relavan berlakon atau mengacara.
Saat-saat akhir nama kena tolak bulat-bulat.
Bagaimanapun, suami kepada aktres Ardell Aryana itu tetap optimis dan yakin hikmah di sebaliknya terutama selepas bergelar sukarelawan dan dapat berbakti kepada masyarakat.
Mungkin inilah hikmah kena reject nama banyak kali oleh produksi dan stesen TV.
Alhamdulillah, asbab ini boleh beri bantuan di Aceh.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Nadzmi dan mendoakan rezeki yang melimpah buatnya.
Dalam masa sama, warganet juga menyifatkan Nadzmi sebagai seorang yang bertuah kerana diberi kurniaan daripada Allah SWT untuk membantu insan memerlukan.
Sumber: Threads Nadzmi Adhwa
The post Pernah Kena ‘Reject’ Produksi & Stesen TV, Nadzmi Adhwa Temui Hikmah – ‘Asbab Ini Boleh Beri Bantuan Di Aceh’ first appeared on OHBULAN!.





