26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anuar Zain Pertahankan Lagu ‘Belakang Tabir’ Nyanyian Syamel – ‘Menurut Saya Itu Lagu Balada Yang Kuat Untuk Tahun Ini’

    Shopee Sale



    Anuar Zain

    Selain Ernie Zakri, penyanyi Anuar Zain turut bersedih apabila lagu nyanyian Syamel berjudul Belakang Tabir terkandas di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39).

    ‘Saya sedih’

    Anuar Zain

    Anuar yang juga bapa saudara kepada Ernie berkata, lagu tersebut merupakan sebuah karya yang cukup hebat dan layak dipertandingankan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Saya sedih lagu anak saya (Syamel), Belakang Tabir tak dapat masuk final AJL.

    Menurut saya, lagu tersebut antara lagu balada yang kuat untuk tahun ini.

    Anuar berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform, baru-baru ini.

    MENARIK:  Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’

    Dalam pada, pelantun lagu Sedetik Lebih ini menganggap tiada rezeki buat Syamel meskipun dia sudah melakukan persembahan yang terbaik.

    Syamel sudah buat yang terbaik dan melakukan persembahan dengan bagus, tapi mungkin tiada rezeki.

    Terdahulu, Ernie menerusi satu ciapan di X berasa kecewa apabila lagu suaminnya itu tidak berjaya mara ke AJL.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah