31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pereka Fesyen Dedah Busana Resepsi Dr Fie Berharga RM58K – ‘Tetap Kekalkan Keanggunan Wanita Muslimah’

    Shopee Sale

    Pereka fesyen Eja Shahril, berkongsi mengenai keistimewaan busana rekaannya yang dipakai oleh personaliti media sosial, Dr Fie ketika majlis resepsi baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Dr Fie Terharu Suami Tak Pernah Merungut, Sanggup Layan ‘Photoshoot’ Berjam-jam – ‘Awak Sentiasa Jadi Penyokong Terbesar Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan 

    Baju resepsi

    Screenshot

    Menerusi hantaran di Facebook, Eja mendedahkan busana berona biru lembut itu bernilai ribuan ribu ringgit yang ditempah khas untuk digayakan pada hari bahagia Dr Fie bersama suaminya, Kapten Amrul.

    RM58,000! Dr. Fie Anggun dalam Exclusive Powder Blue Couture, sentuhan diamond lace dan Swarovski hasil rekaan Eja Shahril. Hari yang cukup istimewa buat pasangan Dr. Fie & Captain Amrul.

    Bersempena majlis besar yang berlangsung pada hari ini, Dr. Fie tampil anggun dalam sebuah Exclusive Couture Dress rekaan khas daripada Eja Shahril.

    Sebuah persalinan yang bukan sekadar indah dipandang, tetapi dihasilkan dengan sentuhan seni dan ketelitian yang cukup istimewa.

    Menurut Eja, busana pengantin tersebut menjadi lebih unik kerana ia bertahtahkan batu Swarovski, selain turut mengekalkan elemen muslimah, sesuai dengan sifat pemilik nama Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36 itu.

    Menggunakan sentuhan diamond lace dan Swarovski, setiap perincian direka dan disusun dengan teliti bagi menghasilkan kilauan mewah yang mempesona, namun tetap mengekalkan keanggunan seorang wanita muslimah.

    Pemilihan rona powder blue yang lembut menjadi pelengkap sempurna kepada keseluruhan rekaan. Warna yang cukup tenang, feminin dan elegan, seindah personaliti Dr. Fie yang kita kenali.

    Tidak berlebihan. Kerana keindahan sebenar sebuah couture terletak pada perincian, ketelitian dan karakter yang dibawanya dan apabila semuanya bersatu this is Dr. Fie.

    Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Amrul pada 1 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat selepas tiga bulan bertunang.

    MENARIK:  Caprice Pernah Bergantung Ubat Tidur, Kehidupan Berubah Selepas Ada Anak – ‘Saya Jumpa Keseimbangan’

    Sebelum ini, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

    Sumber: FB Eja Shahril

    The post Pereka Fesyen Dedah Busana Resepsi Dr Fie Berharga RM58K – ‘Tetap Kekalkan Keanggunan Wanita Muslimah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah