26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyanyi Wanita Kelantan Ditahan Di Sungai Golok Bersama Pil Kuda?

    Shopee Sale



    Seorang penyanyi wanita tersohor menjadi antara enam individu ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi Jumaat.

    Ditahan bersama ribuan pil kuda

    Memetik laporan Kosmo, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan bersama ribuan pil kuda di sebuah bilik hotel selepas mereka selesai berhibur di pusat hiburan bahagian bawah hotel berkenaan.

    Difahamkan, mereka ditahan dalam satu serbuan yang dibuat sekitar jam 5 pagi ketika mereka sedang berehat di dalam bilik.

    Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut pihak polis Thailand menemukan kira-kira 6,000 biji pil dipercayai pil kuda.

    Pihak berkuasa Thailand kemudian telah menahan dan membawa kesemua rakyat Malaysia tersebut ke Balai Polis Sungai Golok.

    Sementara itu, pengesahan mengenai penahanan rakyat Malaysia dalam serbuan tersebut belum dapat disahkan sementara masih menantikan pengesahan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    MENARIK:  ‘Babak Itu Tiada Kena Mengena Dengan Saya Hamil’ – Amira Othman 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah