26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penuh Emosi! REV Media Group Ceriakan Komuniti Kurang Berkemampuan Dengan Tayangan Istimewa Ejen Ali The Movie 2

    Shopee Sale

    Filem animasi tempatan yang mencetus fenomena, Ejen Ali The Movie 2 terus mencipta momen manis apabila REV Media Group (REV) berjaya menganjurkan tayangan khas eksklusif untuk komuniti kurang berkemampuan, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial mereka.

    Dengan kutipan box office tertinggi dalam sejarah sebanyak RM40.6 juta, Ejen Ali The Movie 2 bukan sahaja berjaya menawan hati penonton tetapi menjadi medium untuk menyebarkan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.

    Tayangan istimewa bersama komuniti PPR

    Acara tayangan yang berlangsung pada 4 Jun 2025 itu diadakan khas untuk dua komuniti dari Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang.

    Seramai 200 tetamu menghadiri acara tersebut terdiri daripada 100 penerima manfaat dari komuniti PPR serta 100 kakitangan REV Media Group dan keluarga mereka.

    Lebih istimewa, acara ini turut dimeriahkan dengan kemunculan maskot watak kegemaran ramai iaitu Ejen Ali dan Ejen Alicia yang pastinya meninggalkan kenangan manis buat para penonton cilik yang hadir.

    ‘Tech for Good’: impak teknologi ke arah kebaikan

    Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program ‘Tech For Good’, iaitu usaha ESG (Environmental, Social and Governance) di bawah teras sosial REV yang dijayakan melalui kerjasama strategik bersama Primeworks Studios dan Pepper Labs.

    Program ini memberi fokus kepada penggunaan teknologi dan media untuk membawa impak positif kepada masyarakat. Tayangan khas ini adalah antara contoh terbaik bagaimana hiburan mampu menjadi jambatan antara korporat dan komuniti.

    MENARIK:  Ayie Floor 88 Bakal Sertai ‘Walk A Town With Me’, Sasaran 30,000 Peserta Di Pahang

    “Kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk membawa filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia ini kepada komuniti yang mungkin tidak berpeluang menontonnya.

    “Di REV, kami percaya teknologi dan media boleh digunakan untuk memberi perubahan positif. Program Tech For Good kami, yang merupakan teras utama dalam komitmen ESG kami, bertujuan untuk mencipta impak sebenar.

    “Detik seperti ini, apabila melihat kegembiraan di wajah kanak-kanak dan keluarga, benar-benar menggambarkan apa yang kami perjuangkan.” ujar Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group

    Ejen Ali

    Komitmen REV dalam menyumbang kembali kepada masyarakat

    Kolaborasi bersama Primeworks Studios dan Pepper Labs ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan sinergi antara syarikat, malah memperlihatkan usaha berterusan REV untuk menggunakan platform media secara inklusif serta menggalakkan keterlibatan komuniti.

    Tayangan khas Ejen Ali The Movie 2 ini membuktikan bahawa apabila teknologi, hiburan dan niat murni bergabung, impak yang terhasil mampu menjangkau lebih jauh daripada layar perak.

    Semoga inisiatif sebegini menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk sama-sama menyumbang semula kepada masyarakat kerana setiap detik gembira yang dikongsi, mampu mencetus perubahan yang besar.

    The post Penuh Emosi! REV Media Group Ceriakan Komuniti Kurang Berkemampuan Dengan Tayangan Istimewa Ejen Ali The Movie 2 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah