Seorang pengusaha perniagaan makanan meluahkan rasa terkilan selepas menerima kiriman mesej daripada seorang individu daripada produksi tempatan yang meminta tajaan kuih untuk sebuah drama.
Minta sponsor makanan?

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, pemilik akaun TunsKitchen berkongsi tangkapan skrin perbualan di mana seorang individu yang bertanya sekiranya dia boleh mendapatkan tajaan kuih untuk drama lakonan dua pelakon terkenal.
Assalamualaikum, nak tanya kalau saya nak mintak sponsorship kuih untuk drama series saya lakonan …. boleh? Terima kasih.
Pengusaha terbabit kemudian memuat naik gambar tersebut dan meluahkan kepenatan berhadapan dengan situasi seumpama itu, yang sering kali menjadi cabaran bagi peniaga kecil.
Perkongsian tersebut sekali gus membuka ruang perbincangan mengenai etika dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha tempatan dalam berhadapan dengan permintaan ‘barter trade’ atau tajaan sebagai balasan untuk pendedahan jenama.
Menurut warganet, isu permintaan tajaan daripada selebriti atau pempengaruh media sosial kepada perniagaan kecil bukanlah satu perkara baharu.
Komen netizen


Sumber: Threads TunsKitchen
The post Pengusaha Makanan Dedah Ada Produksi Minta Taja Kuih Untuk Drama, Netizen Kata ‘Mana Ada Benda Percuma’ first appeared on OHBULAN!.





