26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengorbanan Dihargai, Isteri Fizi Ali Tak Sangka Raih Anugerah ‘Supermom Award’ – ‘Saya Hanya Ikut Kata Hati Sebagai Ibu’

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyampai radio popular Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha meluahkan rasa syukur selepas menerima pengiktirafan Supermom Award 2025.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Fizi Ali Syukur Dikurniakan Mak Mentua & Keluarga Ipar Baik Hati – ‘Dilayan Seperti Anak Sendiri’

    Artikel Berkaitan: Fizi Ali Sedar Tanggungawab Suri Rumah Tidak Mudah, Isteri Tertidur Atas Sofa Sebab Kepenatan

    ‘Saya tak pernah cuba jadi gelaran itu pun’

    Menerusi hantaran di Instagram, Zulaikha mengakui bahawa dia tidak pernah menyangka akan meraih anugerah tersebut kerana baginya, apa yang dilakukan adalah tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

    Alhamdulillah, saya masih lagi terkesima. Tak pernah saya bayangkan, apatah lagi terlintas, yang suatu hari nanti saya akan menerima Supermom Award. Saya tak pernah cuba jadi gelaran itu pun. 

    Saya hanya ikut kata hati sebagai seorang ibu, mencurahkan kasih sayang, kesabaran dan doa tanpa henti buat anak-anak. Namun Allah jadikan pengorbanan kecil itu sesuatu yang begitu bermakna. Alhamdulillah.

    Tambah Zulaikha lagi, anugerah itu bukan miliknya seorang tetapi turut dikongsi bersama anak-anak yang dianggap sebagai kekuatan dan sumber inspirasinya setiap hari.

    Anugerah ini bukan hanya milik saya. Ia milik anak-anak saya, guru terbaik saya, kekuatan paling tulen dan peringatan setiap hari kenapa saya perlu terus menjadi seorang ibu. 

    Mereka lah yang menjadikan saya seorang ibu, dan sebab itulah saya berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari.

    ‘Awak adalah kekuatan di setiap langkah saya’

    Dalam masa sama, Zulaikha turut menzahirkan penghargaan buat suami tercinta, Fizi Ali, yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan hidupnya.

    Kepada suami saya, pasangan hidup saya, penyokong paling kuat. Terima kasih kerana sentiasa menjadi bahu saya untuk bersandar, penenang saya, dan teman yang sentiasa bersama saya dalam perjalanan ini. 

    Awak adalah kekuatan di setiap langkah saya. Tanpa awak, semua ini tidak akan terasa lengkap.

    Dalam kesempatan itu, Zulaikha sempat menitipkan pesanan buat para ibu agar tidak pernah merasa kecil dengan pengorbanan yang dilakukan.

    Kepada setiap ibu yang membaca ini, jangan pernah rasa kecil dengan pengorbanan awak. Setiap malam tanpa tidur, setiap air mata, setiap doa dalam diam semuanya bernilai. 

    Walaupun awak rasa biasa-biasa saja, bagi anak-anak awak, awak adalah Supermom mereka yang luar biasa.

    Supermom bukan gelaran yang saya kejar, tapi anugerah yang Allah hadirkan melalui ujian dan kasih sayang. Kalau perjalanan saya ini boleh mengingatkan orang lain untuk bangkit dengan penuh kasih sayang, itu sebenarnya kemenangan yang sebenar.

    Sumber: Tizlkha

    MENARIK:  Kesedihan dan Kecaman Apabila Anak Kita Dipersenda dan Dicaci Maki Tanpa Sebab – Abby Abadi

    The post Pengorbanan Dihargai, Isteri Fizi Ali Tak Sangka Raih Anugerah ‘Supermom Award’ – ‘Saya Hanya Ikut Kata Hati Sebagai Ibu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah