28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengkritik Bola Sepak Diserang Hingga Retak Tulang Rongga Mata, Akui Tiada Musuh – ‘Mereka Tendang Kepala & Pukul Tanpa Henti’

    Shopee Sale

    Seorang YouTuber yang juga dikenali sebagai pengkritik bola sepak didakwa diserang oleh dua individu ketika berada di sebuah stesen minyak.

    Artikel Berkaitan: Mekanik Direman, Siasatan Kes Rogol & Samun Remaja Sedang Beriadah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remaja OKU Didakwa Jadi Mangsa Samun, Sujud Di Kaki Peniaga Tanda Hargai Pertolongan

    Diserang dua individu

    Memetik laporan Berita Harian, pengkritik bola sepak yang dikenali sebagai Azizurrahman Zakaria memaklumkan bahawa dia masih belum mengetahui motif sebenar suspek menyerangnya.

    Dakwa mangsa, suspek berulang kali menuduh dirinya mencuri tanpa menjelaskan jenis kecurian yang didakwa.

    Dalam pada itu, Azizurrahman menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak mahupun terlibat dengan pinjaman Ah Long.

    Saya sedang mengisi angin kereta apabila tiba-tiba datang dua lelaki yang menendang kepala dan memukul saya tanpa henti.

    Saya tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan sesiapa, tidak berhutang dengan Ah Long, tidak mengganggu isteri orang atau mempunyai masalah samseng jalan raya.

    Laporan polis sudah dibuat, jadi saya serahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

    Berkongsi keadaan terkini, Azizurrahman memaklumkan bahawa dia mengalami keretakan pada tulang rongga mata selain beberapa kecederaan lain namun bersyukur kerana kini semakin pulih.

    Saya mengalami keretakan pada tulang rongga mata serta luka di kaki dan tangan.

    Alhamdulillah, keadaan semakin pulih.

    Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, motif kejadiaan masih dalam siasatan yang akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  Ayu Raudhah Akui Trauma Kes Pembantu Rumah Lari, Syukur Suami Bawa Keluar Anak-Anak Semasa Kejadian

    Imbas kembali, mangsa ditumbuk dan diterajang beberapa kali sehingga terduduk oleh dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC sebelum orang awam cuba meleraikan serangan.

    Sumber: Berita Harian

    The post Pengkritik Bola Sepak Diserang Hingga Retak Tulang Rongga Mata, Akui Tiada Musuh – ‘Mereka Tendang Kepala & Pukul Tanpa Henti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah